10-12 Minggu Tempoh Matang – SOP Penanaman Kacang Botor

1. Kacang Botol (Psophocarpus tetragonolobus) atau nama lainnya adalah Winged Bean atau Goa Bean adalah tumbuhan kekacang tropika yang berasal dari Paua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropika yang lembap dan hujan lebat.

2. Kacang botol merupakan pkok yang memanjat secara melilit sepangjang tiga hingga lima meter. Akarnya banyak dan tumbuh pada permukaan tanah. Bagi penanaman kacang botol, digalakkan untuk menyediakan kayu pancang atau junjung bagi memudahkan pertumbuhan pokok ini.

3.Benih kacang botol dimasukkan kedalam lubang sedalam kira-kira dua sentimeter. Selepas 10-14 hari, benihnya akan mula bercambah.

4.Penjagaan kacang botol tidak rumit kerana ianya kurang terdedah kepada serangan penyakit kecuali mendapat ancaman dari lalat buah.

5.Tempoh penanaman bagi kacang botol juga adalah singkat selama 10-12 minggu. Lazimnya, selepas 10-12 minggu pokoknya mula mengeluarkan hasil dan aktiviti pemungutan akan dijalankan.

6.Kacang botol akan dipetik setiap dua hari sekali bagi mengelakkan buah menjadi tua. Buah yang tua tidak sedap dimakan dan akan berasa pahit.

7. Elakkan menanam kacang botol di kawasan tanah yang berair. Jenis tanah yang gembur, subur dan pH antara 5.5 dan 6.5 adalah yang paling sesuai untuk menanam kacang botol.

8.Tanaman ini sangat memerlukan sistem pengairan yang baik. Tanaman disiram dua kali sehari di peringkat awal penanamannya. Penyiramana boleh dilakukan secara manual atau automatik

9. Pastikan juga, pengawalan rumpai dilakukan sepanjang masa bagi memastikan tanaman kekal subur. Penyemburan racun rumpai hendaklah dilakukan dan pastikan tidak terkena pada tanaman.

10. Pembajaan asas dilakukan dengan kadar satu hingga tiga kg/meter persegi. Lazimnya baja organik atau baja asli yang sudah reput digunakan.

11. Baja yang disyorkan adalah 45kg N : 100kh P205 : 100kg K20 setiap hektar.

12. Pembajaan kali kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru dengan nisbah 12:12:7 dengan kadar 40 dan 50g sepokok selang setiap dua minggu. Tambahan baja boleh dibuat selepas tiga atau empat minggu disebabkan jangka masa menanam kacang botol ini agak panjang.

Artikel ini dipetik dari Anim Agro dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*