10 Cara Menghalau Babi

Babi ialah binatang perosak yang sangat bijak dan licik merosakkan tanaman seperti pokok durian, pisang, ubi dan sebagainya.

Babi mempunyai hidung yang mancung dan sangat tajam menghidu mangsa seperti cacing, bau senapang dan kehadiran manusia.

Selain itu telinganya yang tajam mampu mendengar bunyi anjing dan sorakan pemburu dari jarak jauh. Manakala matanya pula mampu melihat sesuatu ancaman, babi tidak akan menyondol sesuatu yang tidak pasti.

Terdapat pelbagai kaedah untuk menghalau dan mengatasi masalah serangan haiwan perosak ini.

Berikut adalah cara-cara menghalau babi dari merosakkan tanaman, mungkin ramai yang belum tahu. Jom saya kongsikan!

1. Patung harimau – Letakkan patung harimau di kawasan kebun yang sering menjadi sasarannya, babi takut pada binatang yang lebih kuat daripadanya.

2. Air┬ákencing harimau – Caranya letakkan air kencing harimau di tempat yang sering menjadi sasaran babi. Ia adalah sejenis cairan yang dihasilkan daripada campuran ubat gegat dan belacan bakar. Nak senang beli sahaja Gel Kencing Harimau. Ada jual online.

3. Rambut manusia – Rambut yang dipotong halus-halus, apabila masuk dalam kerongkong, babi akan tersedak dan tidak akan pergi ke tempat itu lagi, ada yang cakap cara ini lebih berkesan.

4. Telur dan jarum – Cara ini ibarat menyantau, caranya rebus telur dan cucuk 5 atau 6 batang jarum pada telur tersebut. Perut babi akan luka apabila tertusuk jarum, dan tidak akan datang lagi ke tempat itu. cara ini juga agak mujarab.

5. Radio – Pasang radio kuat-kuat di kebun yang menjadi sasaran, babi yang terdengar bunyi bising tidak akan datang ke kawasan tersebut kerana disangka ada kelibat manusia.

6. Lennex – Menurut carian saya di internet, ia adalah sejenis racun untuk menghalau babi, caranya campurkan pada makanan dan babi akan mati serta-merta apabila termakan racun tersebut. Korang boleh google untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

7. Jerangkap samar – Caranya korek lubang bersaiz 5x5x5 kaki dan tutup dengan daun pelapah sawit dan diatasnya kita umpan makanan yang sedap-sedap! tunggu beberapa malam dan lihat hasil keesokan harinya!

8. Pagar elektrik -Kaedah ini memang sangat berkesan. cuma kos agak mahal tapi amat berbaloi. Jika ada modal saya sarankan anda memasang pagar elektrik di kebun kesayangan anda.

9. Cermin – Gantung cermin pada sebatang pokok menggunakan tali dan biarkan cermin tersebut berpusing-pusing. Babi takut bila melihat bayang-bayangnya sendiri atau kilauan dari cermin pada waktu malam.

10. Tembak! – Kaedah terakhir bila tidak ada pilihan ialah menembak babi yang merosakkan tanaman anda. Anda berani?

Harap dapat membantu. Jangan lupa share!

About Sifudurian 298 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*