10 Kegunaan Limau Kasturi

Walaupun saiznya yang kecil namun siapa sangka, limau kasturi mempunyai pelbagai khasiat yang sudah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Hampir semua penyakit harian seperti selsema, demam dan batuk dapat disembuhkan dengan mengamalkan limau kasturi ini. Jadi, jangan ingat bahawa limau kasturi hanya sesuai untuk dibuat minum sahaja ya!

Ada macam macam kaedah rawatan yang kita boleh buat menggunakan limau kasturi.

10 KHASIAT LIMAU KASTURI

1. Merawat batuk
Campurkan limau, kicap ngan garam. Minum setiap pagi ngan malam. In shaa Allah batuk akan beransur pulih,

2. Merawat demam
Ambik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus ngan 2 hingga 4 gelas air. Guna air rebusan ni untuk menuam. Caranya, rendam kain dalam air rebusan, perah pastu letak kan kat dahi.

3. Sebagai ubat ketiak
Campurkan limau nipis ngan kapur sirih. Sapu pada ketiak lepas mandi. Biarkan beberapa minit, pastu bilas. Lakukan 2 kali sehari.

4. Merawat pening kepala
Ambik sebiji limau kasturi. Potong sikit bahagian atas dia. Pastu picit kulit limau kasturi tadi hingga keluar air. Masa picit tu kena halakan air tu ke hidung.

5. Merawat asma
Ambik 1 sudu madu asli. Pastu campurkan ngan 5 titik jus limau kasturi. Minum. Boleh minum bila bila masa walaupun takde lelah. Amalkan seminggu sekali.

6. Kuruskan badan
Minum perahan limau nipis campur teh tanpa gula. Sebaik baiknya minum suam suam. Kesan dia lebih cepat.

7. Merawat kelemumur
Ambik beberapa helai daun rambutan. Ramas dengan setengah cawan air hingga keluar lendir. Pastu bancuh lendir tu ngan 2 cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur kat seluruh kepala. Balut guna tuala lembap. Biar sekejap sebelum bilas. Amalkan seminggu sekali.

8. Hilangkan kesan minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan garam sikit. Kemudian gosok kat bahagian baju yang terkena minyak. Biarkan selama 5-10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Pastu basuhlah baju tadi macam biasa.

9. Wangikan rambut
Ambik beberapa biji limau nipis dan hiris. Pastu gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit. Kemudian baru cuci hingga bersih. Selain wangikan rambut, limau nipis jugak boleh hilangkan rasa pening dan sejukkan kepala.

10. Mengilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur dek terkena peluh kat sekitar mata atau hidung. Cuci dan gosokkan limau pada kacanya. Bilas bersih bersih pastu lap ngan kain bersih atau tisu.

Jom amalkan, mana tahu dengan cara ni dapat jimat beli ubat kurus, ye tak? huhu.

Kredit : Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*