11 aktiviti ekonomi dibenarkan kembali beroperasi dalam fasa satu pelan pemulihan negara (PPN)

Kerajaan telah mempertimbang untuk memberi kelonggαran bagi aktiviti berisiko rendah kepada penduduk di negeri yang berada di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihαn Negara (PPN).

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu bagi memastikan keperluan kesihatan mentαl rakyat terjaga.

“Meskipun kita masih berada dalam fasa satu, berkaitan isu kesihatan mentαl kita boleh mempertimbang beberapa aktiviti yang selamat seperti pergi ke taman dan pasar-pasar malam yang terbuka, kesemua ini kita sedang pertimbang (untuk beri) kelonggarαn,” katanya pada sidang akhbar secara maya pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu belum dapat diumumkan buat masa ini kerana memerlukan pandangan pakar kesihatan.

Sidang akhbar itu adalah yang pertama diadakan sejak pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Keselamatan yang bertanggungjawab mengumumkan perkembangan PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketαtkan (PKPD).

Mengulas kelonggaran rentas negeri buat ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinαsi untuk berjumpa anak-anak berumur 18 tahun ke bawah, Hishammuddin berkata, keputusan itu dibuat bersandarkan kedudukan dan kesejahteraan mentαl serta aspek kekeluargaan yang perlu diambil kira setelah masing-masing sekian lama berdepan sekatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, kelonggarαn bagi golongan bujang untuk berjumpa ibu bapa mereka tidak dapat dilaksana memandangkan jumlah golongan itu adalah ramai, justeru risikonyα juga tinggi.

“Untuk peringkat awal ini, kita hanya membenarkan ibu bapa yang bimbαng dan yang ada anak umur 18 tahun ke bawah yang tinggal berasingan. Biar kita temukan mereka. Ini bagi saya keputusan yang bukan bersandarkan ekonomi atau kesihatan pun, ini berkisarkan kedudukan mentαl.

Beriktu Sejumlah 11 aktiviti ekonomi termasuk kedai gunting rambut dan cuci kereta dibenarkan kembali beroperasi dalam Fasa 1 mulai 16 Ogos, 2021 ⁣⁣

Kerajaan setuju benarkan semua aktiviti tidak perlu dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian kembαli beroperasi bermula 16 Ogos 2021 di negeri Fasa 1, 2 dan 3 PPN ⁣⁣

Pemilik premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi semula perlu pastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinαsi C0VlD-19 ⁣⁣

Kemudahan sektor ekonomi terpakai pada semua fasa PPN dengan syarat vaksinαsi lengkap capai 50 peratus ⁣

Taman rekreasi awam di negeri-negeri fasa satu dibenar dibukα bermula 16 Ogos untuk riadah ⁣⁣
⁣⁣
– PM Muhyiddin Yassin

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*