11,000 pokok Musang King ditebang minggu depan..

Pokok durian Musang King yang ditebang di kawasan Hutan Simpan Batu Talam di Raub.

RAUB – Operasi menebang pokok durian Musang King yang dianggarkan berjumlah kira-kira 11,000 pokok di tanah seluas 101 hektar di Hutan Simpan Kekal Batu Talam di sini dijangka siap sepenuh’nya minggu depan.

Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata, berdasarkan kerja memus’nahkan yang telah melebihi 85 hektar sehingga petang semalam menyaksikan aktiviti menebang dijangka siap lebih awal berbanding jadual pada 3 Ogos depan.

“Aktiviti menebang mula berjalan lancar pada Selasa lalu terutama selepas kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertanggungjawab mengawal dalam kawasan Hutan Simpan Batu Talam termasuk mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) di laluan masuk ke hutan simpan berkenaan.

“Selepas aktiviti menebang selesai sepenuhnya kerja menanam pokok hutan akan dilakukan segera yang mana beberapa spesies pokok hutan sudah dikenal pasti seperti meranti temak nipis,”katanya di sini, hari ini.

Keadaan kawasan Hutan Simpan Batu Talam di Raub selepas operasi penebangan.(gambar)

Operasi memus’nahkan pokok durian Musang King di kawasan Hutan Simpan Kekal Batu Talam seluas 101 hektar dimulakan pada 3 Julai lalu yang dijangka berakhir 2 Ogos depan.

Menurut Nor Azirim, kehadiran lebih ramai penebang terdiri daripada kakitangan JPNP disetiap daerah di negeri ini melancarkan kerja memus’nahkan pokok durian.

Beliau memberitahu, hampir 100 kakitangan JPNP menyertai Operasi Pamah dibantu anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) yang menjalankan kerja menebang secara berterusan menggunakan mesin gergaji berantai.

“Faktor hujan pada sebelah petang selain angin kencang turut menje’jaskan kelancaran aktiviti menebang yang jadual asal mengambil masa sebulan untuk siapkan,”ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemuru’ngan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan kega’nasan rumahtangga dan pelbagai lagi masa’lah seperti pende’raan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929 – Sinar Harian

About admin 905 Articles
to update

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*