12 Bulan Tempoh MATANG Tiram : Tips dan Potensi Pendapatan

Terdapat empat jenis tiram yang menjadi pilihan untuk diternak di Malaysia, antaranya adalah Crassostrea, Saccostrea, Ostrea dan Hyotissa. Kesemua spesies tiram ini terdapat di perairan Malaysia dan boleh dijadikan sumber makanan. Crassostrea merupakan spesies utama yang diternak secara komersial. Spesies ini banyak ditemui di Terengganu dan Kelantan.

1. Aktiviti bagi ternakan tiram terbahagi kepada dua iaitu pemungutan benih dan pemeliharaan untuk pasaran. Bagi pemungutan benih, ianya diambil dari sumber semulajadi.

2. Penggunaan jenis pemungut benih seperti tayar, netlon, pancang kayu sering digunakan bagi kaedah mengutip benih. Aktiviti memungut benih ini sering dijalankan pada bulan April-Jun dan Oktober -Disember.

3. Bagi pemeliharaan untuk pasaran, pemilihan tapak ternakan adalah sangat penting. Antaranya haruslah merupakan kawasan terlindung dariangin yang kuat, perubahan air pasang surut 1.0-1.5m, pH air diantara 6.5-8.5 dan lain-lain lagi.

4. Kaedah bagi ternakan tiram adalah menggunakan rakit, pelantar, bubu rawai atau ternakan dasar. Perbezaan sistem bergantung kepada banyak faktor antaranya kos perbelanjaaan, ketahanan bahan serta keadaan ombak.

5. Pengurusan ternakan tiram perlu dijaga dan diawasi agar ia dapat membesar dengan baik. Kebiasaanya penternak akan mencuci tiram dari mendapan lumpur atau rumpai yang terlekat padanya. Proses ini dilakukan selama sebulan sekali.

6. Pengutipan hasil tiram untuk dipasarkan biasanya memerlukan masa 12-18 bulan untuk tiram membesar dan matang. Setelah dikutip dan dibersihkan, tiram akan dibasmi kuman dengan alat depurasi selama tidak kurang 36 jam bagi membunuh bakteria.

7. Tiram jenis Saccostrea dijual pada harga 10 sen dan 20 sen sebiji, namun kalau dijual isinya sahaja harganya adalah RM6-RM9 sekilo. Hasil jualan 2000 biji tiram boleh menjana pendapatan sehingga RM1,600 sebulan.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di Facebook.

Artikel ini dipetik dari Ternakair dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*