12 Idea Bisnes Bidang Pertanian

Salah satu Kursus Asas Cantuman Durian yang dikendalikan oleh Sifudurian di Ranau, Sabah. Tahniah!

Pertanian zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu. Sekarang ia lebih kepada bisnes atau perniagaan yang menguntungkan.

Anak-anak muda diluar sana yang masih menganggur, jangan terlalu memilih kerja. Buat apa yang ada depan mata. Mulakan dengan modal yang ada. Buat secara kecil-kecilan dahulu.

Paling penting ada minat dan kemahuan untuk berjaya. Berikut penulis kongsikan 12 idea bisnes pertanian yang anda boleh buat. Yang paling best bisnes ini anda boleh buat dari rumah.

Jual bibit buah-buahan – mula-mula belajar dari youtube atau ikut kursus cantuman, bila sudah mahir, boleh buat cantuman banyak-banyak, jual pada saudara mara dan kawan-kawan. Bila bisnes berkembang bolehlah buka nursery buah-buahan.

Jual bunga – tidak susah buat bisnes ni, tidak perlu buat cantuman seperti durian. Bunga lebih senang dijaga dan disemai. Sekarang ni ramai yang mencari bunga untuk terapi mata dan minda. Ambillah peluang yang ada didepan mata.

Jual benih sayur – boleh dibuat secara partime, ramai yang mencari benih sayur untuk ditanam di halaman rumah. Kos murah dan senang dijual.

Jual tanah hitam/sekam padi bakar/cocopeat – jika permintaan terhadap bunga meningkat, secara tidak langsung permintaan terhadap tanah juga meningkat. Dua benda ni tidak akan berpisah.

Kedai jual baja, racun dan alat-alat pertanian – perlu ada kedai dan lesen untuk berniaga dan ada test untuk ambil lesen menjual racun kimia.

Jual anak ayam, itik, angsa, anak ikan – sambil menjual benih buah-buahan, anda juga boleh menjual anak ikan, anak ayam, itik dan anak angsa. Ramai budak-budak sukakan haiwan peliharaan.

Jual buah-buahan (musim buah shj) – bayangkan anda ada 1 ekar tanah dengan 28 pokok durian musang king, sepokok ada 50 biji. sebiji jual rm45. semusim anda boleh meraih pendapatan sebanyak rm94k net profit.

Menulis blog tentang pertanian Рmulakan dengan blogspot atau wordpress, selepas 6 bulan cuba apply  Google Adsense atau Facebook Instant Article, sebulan anda mampu mendapat RM5K РRM10K hasil daripada pengiklanan.

Buat youtube video tentang pertanian – ambil masa yang agak lama tetapi hasilnya lumayan jika dibuat dengan fokus dan bersungguh-sungguh.

Jual e-book tentang pertanian – contohnya ebook tentang tanaman fertigasi dan sebagainya.

Buat kursus/seminar –¬† contohnya kursus tentang tanaman dan cara mencantum durian, tanaman fertigasi dan sebagainya.

Konsultasi, khidmat nasihat tentang pertanian – jika sudah mempunyai banyak kepakaran tentang pertanian, anda boleh buat servis konsultasi dan khidmat nasihat.

Semoga bermanfaat – Sifudurian

 

About Sifudurian 199 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*