16 Pelancong yang terkandas Bakal Tiba di Malaysia – Ini “Nasihat Padu” netizen untuk Mereka

16 Pelancong yang terkandas Bakal Tiba di Malaysia - Ini Nasihat Padu netizen untuk Mereka

Umum mengetahui bahawa sebelum ini terdapat 16 pelancong warganegara Malaysia terkandas di Pelabohan Rio De Janeiro, Brazil disebabkan oleh pandemik CoV-19. Impian mereka untuk menikmati percutian di atas kapal persiapan selama enam belas hari ke Antartika tidak kesampaian.

16 warganegara Malaysia itu antara 325 penumpang yang terdiri daripada pelbagai kerakyatan terkandas di Lautan Atlantik Selatan selepas kapal yang membawa mereka tidak dapat berlabuh di Montevideo, Uruguay pada 13 Mac lalu selepas negara tersebut mengumumkan sekatan perjalanan keluar atau masuk bagi membendung penularan wabak CoV-19.

Kemudian kapal persiaran tersebut dikatakan berlayar dari pelabuhan Ushuaia, Argentina dan ingin ke pelabuhan Buenos Aires, Argentina selepas tidak dapat berlabuh di Uruguay. Namun pengumuman dibuat oleh kerajaan Argentina menyebabkan kapal tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan mereka.

Kesemua warganegara Malaysia tersebut berada dalam keadaan sihat menurut pengarah pelancong syarikat Apple Vacations Sdn Bhd, Datuk Seri Lee Ee Hoe. Namun apa yang lebih penting adalah kesemua pelancong dalam kapal tersebut hendaklah bebas daripada CoV-19.

“Kami berasa risau dengna keadaan ahli keluaga kami di Malaysia. Kami mahu bersama-sama mereka dalam keadaan begini.” –  ujarnya kepada wartawan.

Beliau turut memuji kaptep kapal apabila kapten sentiasa mengemaskini setiap perkembangan jadi kami semua berasa lebih terjamin dan selamat. Beliau juga mengatakan bahwa di dalam kapal persiaran tersebut makanan, minuman mencukupi, dan mereka dikatakan bebas berada di dalam kapal kerana kapal tersebut bebas CoV-19.

Apabila di Brazil, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kedutaan Malaysia di sana apabila mereka sentiasa memberi pelbagai bentuk bantuan dan tidak mengenal penat lelah bagi memastikan kumpulan ini dapat pulang ke Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Pertama, Kedutaan Malaysia di Brasilia, Norliyana Alias ketika dihubungi berkata kapal persiaran ini dibenarkan masuk ke Brazil kerana mereka hanya akan memulakan halangan kemasukan rakyat asing dari negara terpilih termasuk Malaysia dan Kesatuan Eropah mulai 23 Mac.

“Kumpulan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa (ETA 1435 waktu Malaysia) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Rio de Janeiro hari ini (ETD 0235 waktu tempatan),” katanya.

Reaksi Warganet

reaksi warganet

Netizen memberi nasihat awal kepada mereka agar tidak terlalu mengada dan demand ketika sampai di Malaysia. Mereka di nasihatkan agar sentiasa mematuhi perintah yang diberikan oleh petugas kesihatan apabila sampai di Malaysia nanti.

About Sifudurian 166 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*