2 dari 5 Pemain Import Terbaik adalah dari JDT

2 dari 5 Pemain Import Terbaik adalah dari JDT

Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal telah menyenaraikan 5 pemain import terbaik yang ada di dalam Liga Malaysia pilihannya.

Daripada 5 orang pemain import ini 3 pemain import merupakan pemain dari Australian. Manakala 2 pemain daripada 5 orang pernah atau sedang beraksi bersama skuad Johor Darul Ta’zim

Pemain pertama menurut K.Rajagobal adalah Abbas Saad. Merupakan pemain daripada Lebanon yang lahir pada 1 December 1967. Pemain ini pernah beraksi bersama Johor pada tahun 1991-1992. Pemain ini cukup dikenali ketika beraksi di SIngapura.

Seterusnya Alan Davidson, lahir pada 1 June 1960 di Melbourne Australia. Beliau merupakan ikon pasukan Pahang pada tahun 1990an. Lagenda untuk pasukan Pahang. Beraksi sebanyak 110 kali bersama skuad tok gajah.

Scotollerenshaw pemain kelahiran Sydney Australia ini merupakan pemain hadapan yang cukup baik. Bermain dengan beberapa kelab di Malaysia dan sangat menyerlah ketika beraksi bersama skuad Sabah.

Diogo Santos, ini merupakan pemain import terbaik JDT. Lahir di Sao Paulo, Brazil dan pernas bermain bersama Neymar. Tidak hairan ini merupakan pemain import termahal Johor Darul Ta’zim. Pernah beraksi di Thailand bersama Buriram United pemain ini menghasilkan 101 gol dari 105 penampilan.

Terakhir Marlon Alex James, merupakan pemain yang paling ramai peminat suatu ketika dahulu. Beliau adalah pemain terulung ketika zamannya. Di Liga Malaysia beliau antara pemain yang meraih kejuaraan treble sebanyak 2 kali berturut-turut bersama skuad Helang Merah.

Diantara pemain di atas hanya Diogo Luis Santo yang sedang bermain dalam Liga Malaysia sehingga kini.

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*