“2 Kumpulan Umur Paling Tinggi Positif CoV-19” – KKM

2 Kumpulan Umur Paling Tinggi Positif CoV-19 - KKM

Pada hari ini Malaysia telah mencatatkan jumlah pesakit positif CoV-19 secara keseluruhan 5172 orang. Dengan 2332 kes CoV-19 masih lagi aktif. Menerusi sidang media harian di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham memaklumkan pada hari ini terdapat pertambahan 110 kes baru positif CoV-19.

“Untuk pengetahuan terdapat 2332 kes aktif dengan kebolehjangkitan, mereka ini semua telah diasingkan di hospital dan mendapat rawatan dari petugas kesihatan” – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Dalam sidang media tersebut, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 2 kumpulan umur yang paling tinggi dijangkiti CoV-19. Kumpulan umur tersebut adalah 20-24 tahun dan 56-59 tahun.

Manakala peratusan mereka yang m4ut akibat CoV-19 adalah mereka yang berumur atas 60 tahun dengan angka peratusan 62.6% mengikut laporan Bernama. Rata-rata mereka ini mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Pada hari ini, seramai 119 orang telah dibenarkan pulang dari Hospital apabila disahkan sembuh. Ini membuatkan angka peratusan sembuh sepenuhnya meningkat kepada 53.37%.

“Terdapat 119 pesakit CoV-19 telah sembuh dan dibenarkan untuk discaj dari Hospital, ia membuatkan angka kumulatif kes sembuh sepenuhnya sebanyak 2766 orang dengan peratusa 53.37% daripada jumlah keseluruh kes.”

Alhamdulilah dan tahniah kepada semua petugas-petugas kesihatan yang telah banyak berkorban untuk membantu pesakit CoV-19. Diharapkan kita mampu mengekang dan membendung penularan wabak ini secepat yang mungkin.

About Sifudurian 163 Articles
BLOGGER, WRITER, FARMER

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*