2 Minggu dah Merimbun – Cara Mudah tanam Daun Kesum

1. Hari ini Admin nak kongsikan cara mudah tanam daun kesum menggunakan keratan batang sahaja. Antara bahan yang diperlukan adalah besen biasa, besen penapis dan beberapa keratan batang pokok kesum.

2. Mula-mula adalah dengan memetik batang kesum. Petuanya adalah memilih batang yang sedikit keras kerana akan tumbuh akar pada batang tersebut.

3. Kemudian masukkan batang daun kesum ke celahan lubang besen penapis.

4. Masukkan air setengah besen, tebuk dua-tiga lubang disekeliling besen tersebut. Ini bagi memudahkan sistem pengaliran air yang berlebihan keluar dari besen sekiranya terlebih siram.

5. Mudahnya tanaman daun kesum ini adalah ianya boleh membesar tanpa baja. Hanya gunakan siraman air basuhan beras sahaja, pokok akan tumbuh merimbun setelah 2 minggu.

6. Hasilnya dapatlah digunakan untuk memasak lauk asam pedas dan laksa. Lepas ni dah tak perlu susah-susah ke pasar tani untuk mencari daun kesum. Mudahkan?

Sekiranya bermanfaat jangan lupa kongsikan di Facebook.

Artikel ini dipetik dari Facebook Mikka Medina dan ditulis semula oleh Sifu Durian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*