Koleksi ayam pelik dijual RM20,000 seekor jadi pendapatan tambahan seorang makcik

Rosmah memegang dua ekor Ayam P0land Jambul. – foto BERNAMA

BAGAN SERAI: Bermula daripada melihat rupa ayam peliharaan rakan yang pelik, mendorong se0rang petani di Selinsing di sini memelihara haiwan itu sekaligus menjadi sumber pendapatan tambahannya.

Menurut Rosmah Mohd Yusof, 44, antara spesies ayam peliharannya ialah ayam Serama, ayam Bahamas, ayam Mutiara, ayam Batam, ayam Sabung, ayam Gajah dan ayam Kampung (baka asli).

Malah, ibu kepada lima anak itu turut memelihara dan menjual beberapa spesies ayam yang sukar serta jarang ditemui termasuk ayam P0land Jambul serta ayam Selasih.

“Minat membela ayam bermula apabila saya ke rumah sahabat saya dan melihat beliau membela ayam yang pelik rupanya berbanding ayam lain jadi daripada situ minat datang dan saya beli ayam itu daripada dia.

“Bermula dengan sepasang, kini saya mempunyai beratus ek0r ayam semua yang jarang dan sukar ditemui kerana saya suka spesies yang pelik-pelik,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Rosmah berkata beliau tidak menyangka minat menternak ayam daripada spesies pelik telah menjadi sumber pendapatan tambahannya kerana seek0r ayam boleh dijual sehingga mencecah RM20,000.

“Ayam P0land Jambul selalunya dibeli oleh mereka yang gemarkan ayam hiasan bukan untuk lawan atau makan sebab ia cantik, seekor ayam itu jika sudah besar saya jual paling kurang RM2,000.

“Selain itu, saya pernah ditawarkan sebanyak RM20,000 untuk ayam Selasih, namun saya tidak jual kerana ia sangat su*sah (didapati), ia bukan sahaja unik tetapi mempunyai banyak khasiat,” katanya.

Menurut Rosmah, beliau tidak menanam impian untuk menjadi kaya dengan menternak ayam hiasan daripada spesies tertentu, namun semuanya dilakukan kerana minat.

“Ini semua h0bi, saya tidak buat promosi atau iklan tentang ayam yang saya ternak. Selalunya orang kampung yang sebarkan kepada orang lain mengenai ternakan saya,” katanya.

Selain ayam hiasan, Rosmah turut membela ternakan lain seperti ayam kampung biasa, itik daging, itik serati serta kambing yang mana sehingga kini ternakannya itu mencecah 300 ekor.

“Impian saya sekarang mahu membesarkan lagi reban dan kandang haiwan ternakan dan untuk itu saya perlukan lebih banyak m0dal kerana kos makanan haiwan untuk sebulan lebih RM2,000.

“Saya juga memoh0n pada jabatan berkaitan supaya memberi ilmu dan tunjuk ajar kepada saya agar dapat membela ternakan ini dengan sistematik seterusnya menjadikannya sumber pendapatan utama,” katanya. – BERNAMA

Leave a Comment