(Kisah Inspirasi) Usahawan OKU Raih Rezeki Lumayan Hasil Rock Melon

KUALA KANGSAR – Terpaksa bergerak dengan menggunakan kerusi r0da namun, ia tidak menjadi halangan kepada Shahrul Nizam Zakaria, 36 tahun, untuk mencari rezeki dengan kudrat tulang empat keratnya.

Akibat terlibat dari kema*langan jalanraya kira-kira 15 tahun lalu, beliau disahkan lum*puh dari bahagian pinggang ke bawah selepas dihempap oleh tiang elektrik dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Pulau Pinang dari Kampung Bekor Manong, Kuala Kangsar.

“Ketika itu saya berusia 21 tahun, umur remaja yang masih mahu enjoy. Bila terlibat dalam kemal*angan masa depan jadi gelap, kawan-kawan pun tak mahu berkawan.

“Akhirnya saya menyendiri dalam dunia saya sendiri,” ujar beliau ketika ditemui Suara Perak ketika program Memetik Buah Rock Melon Usahawan ladang Kontrak di Kampung Bekor, di sini.

Terlantar selama dua tahun, beliau akhirnya mempunyai keyakinan untuk ‘bangun’ semula setelah menyertai Yayasan Sultan Azlan Shah, Ipoh di Bercham iaitu persatuan orang kurang upaya.

Di sana beliau menerima kaunseling dan motivasi untuk meyakinkan dirinya agar kembali berfungsi sebagai salah seorang anggota masyarakat.

“Mereka memberitahu orang lum*puh pun boleh memandu, tetapi dalam hati saya bertanya ‘boleh ke bawak?’ ‘macam mana nak memandu?’

“Kaunselor tersebut memberikan jawapan positif kepada saya, dan kini saya boleh memandu dengan sedikit pengubahsuaian pada bahagian kereta,” kata beliau.

Shahrul Nizam mengakui mendapat idea untuk menanam rock melon selepas melihat kejayaan beberapa 0rang rakannya di samping membuat kajian dan rujukan meLalui Internet.

“Saya berminat untuk menyertai program Ladang Kontrak melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada 2o13 di mana ia memperkenalkan dan mempromosikan program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di Pasar Tani yang menawarkan produk-produk segar dengan harga yang berpatutan kepada pengguna,” katanya.

Bermodalkan RM15,000 dan tanah berkeluasan suku ekar atau kira-kira 1,011 meter persegi di kawasan rumah, Shahrul Nizam bersama isteri, Norzila Mohamad Ali, 35, mula menanam rock melon menggunakan kaedah fertigasi dengan 2oo batang pokok.

Kini Shahrul Nizam dan Norzila sudah boleh berbangga memiliki 1,500 batang pokok rock melon.

Tanaman ini memerlukan penjagaan yang rapi kerana penjagaan yang sambil lewa boleh memberi kesan kepada penghasilan buah.

Buah ini boleh dipetik setelah 75 hari dan secara purata Shahrul Nizam berjaya menghasilkan 3 metrik tan buah bersaiz premium seberat 1.5kg hingga 2.5kg sebiji untuk diambil oleh pihak FAMA.

Mengulas mengenai kes r0ck melon import dari Australia yang didakwa mengandungi sebanyak sembilan jenis bakteria, Shahrul Nizam berkata tanaman beliau tidak mempunyai masalah tersebut lantaran panduan serta bimbingan berterusan dari pihak FAMA banyak membantunya menghasilkan buah yang berkualiti.

“Rock melon dari Australia itu mungkin mengandungi bahan terla*rang yang pengusaha di sana gunakan.

“Namun tanaman saya di sini, saya sendiri berani jamin memang selamat untuk dimakan. Malah saya sendiri juga makan,” ujar bapa kepada sepasang cahayamata ini.

Bagi Shahrul Nizam, s0kongan dari keluarga terutama isteri beliau banyak memberi semangat untuk terus berjaya.

“Memang diri saya ada banyak kekurangan tetapi yang penting semangat. Yang paling n0mbor satu semangat, kadang memang kita nak buat memang tak larat tapi semangat yang membuatkan kita lebih kuat.

“Saya juga pernah alami keru*gian sebanyak RM5,000 apabila tanaman saya tidak menjadi, kerana faktor cuaca.

“Kadang musim hujan terlebih sangat, kadang buah tak jadi. Kiranya sebelum dapat hasil 2 hingga 3 metrik tan ni, saya dah tempuh banyak pengalaman,” tambah beliau.

Menggunakan teknik fertigasi yang menggunakan sabut kelapa di dalam polibeg dan sistem pengairan dan pembajaan yang sistematik, beliau berkata ia boleh diulang lebih empat kali sebelum perlu diganti semula.

Beliau menasihatkan kepada orang kelainan upaya yang lain supaya kuat semangat dan jangan mempedulikan kata nega*tif dari orang luar.

Shahrul Nizam turut megalukan mereka yang berminat untuk berjumpa dengan beliau agar boleh berkongsi pengalaman untuk berubah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah FAMA Negeri Perak Mohammad Fatimie Mohd Puzi berkata walaupun Shahrul Nizam merupakan usahawan OKU namun beliau tidak ada beza dengan peserta-peserta lain yang berdaftar Ladang Kontrak.

“Status OKU tidak menghalang beliau untuk berjaya dan kami pun tidak pernah anggap dia sebagai usahawan orang istimewa maknanya dia lebih lagi, apa yang dia buat apa yang dihasilkan, lebih lagi dari orang yang sihat apa yang penting dia ada minat, komitmen, inisiatif untuk terus berjaya.

“Pihak kementerian menyalurkan pelbagai inisiatif permulaan untuk bagi m0tivasi kepada peserta untuk terus berniaga,” ujar beliau.

Menurut Mohammad Fatimie, program Ladang Kontrak ini bertujuan untuk menjamin pasaran dan meningkatkan pendapatan pengeluar, mempergiatkan pengeluaran buah-buahan serta memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran.

“Shahrul Nizam merupakan satu-satunya pengusaha r0ck melon yang ada dan berjaya di Perak,” tambah beliau.

Perak merupakan negeri ketiga pengeluar terbesar r0ck melon dengan keluasan berjumlah 20 hektar dengan 10 daripada usahawan berada di daerah Kuala Kangsar, selepas Selangor dan Terengganu – Suaraperak.c0m

Leave a Comment