Empat rakan karib yang mempunyai kelulusan dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan institusi kemahiran tempatan nekad untuk mengusahakan sebidang tanah terbiar di Kampung Musa, Mukim Pedu di Padang Terap dengan menanam cili secara fertigasi.
SUBUR: M0hd Amiludin menunjukkan cili yang tumbuh subur hasil teknik fertigasi. — Gambar Bernama
Berbekalkan modal RM20,000 untuk peralatan tanaman, benih dan penyediaan medium tanah, Mohd Safri Mahmud, 25, Mohd Amiludin Afiz Wahab, 26, Mohd Irfan Azri Anas, 25, dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin, 25, memulakan projek mereka Oktober lalu, dengan menanam 4,000 pokok cili di kawasan tanah seluas kira-kira 0.3 hektar.
Mohd Safri, lulusan Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, berkata idea untuk mengusahakan pr0jek itu tercetus selepas beliau menanam 1,800 pokok cili di sekitar rumahnya di Kampung Musa, Mukim Pedu lebih setahun lalu dan mendapat permintaan tinggi.
Beliau berkata selepas melihat p0tensi dan kejayaan mengusahakan tanaman itu di tepi rumah, 3 rakannya yang masing-masing sebelum ini mempunyai pekerjaan membuat keputusan berhenti kerja dan menyertainya untuk menanam cili.
“Mohd Amiludin sebelum ini bekerja sebagai p0lis bantuan di Pulau Langkawi, Mohd Irfan Azri sebagai pereka grafik di sebuah pasar raya di Alor Setar dan Mohd Syafiq pula kerja kilang di Sungai Petani. Kesemua ambil keputusan berhenti kerja dan balik kampung tanam cili bersama saya,” katanya ketika ditemui pemberita di tapak projek tanaman itu.
Mohd Amiludin merupakan lulusan Institut Hasani, Sungai Petani, manakala Mohd Irfan Azri Anas dan Mohd Shafiq Hakimi Nordin lulusan Kolej UNITI, P0rt Dickson.
Mohd Safri yang mengetuai projek itu berkata, beliau dan rakan-rakannya menggunakan teknik fertigasi bagi tanaman cili mereka kerana menjimatkan masa dan mengehadkan penggunaan tanah selain menjimatkan penggunaan air antara 30 dan 50% berbanding teknik tanaman tradisional dengan menanam terus di atas tanah.
Beliau berkata hasil tanaman mereka juga selamat untuk dimakan kerana menggunakan baja dan vitamin yang dihasilkan sendiri secara organik tanpa penggunaan ra*cun kimia.
“Sistem kawalan air pula lebih cekap untuk memastikan pokok cili mendapat bekalan air dan nutrien secukupnya…sumber air dan nutrien yang mencukupi menjamin kualiti buah cili dihasilkan, berkilat dengan saiz besar dan panjang serta berat.
“Pokok-pokok ini ada diletakkan di atas tanah yang dilapik plastik khas dan sebahagiannya digantung dalam beg tanaman dan dalam dua minggu lagi kami akan tuai hasilnya untuk dijual secara borong atau jual sendiri di kantin sek0lah dan pasar pagi,” katanya.
Katanya, beliau dan rakannya menyasarkan setiap pokok yang ditanam mampu menghasilkan 2kg cili yang mampu dijual antara RM7 dan RM10 sekilogram.
Menurutnya, hasil pertama tanaman yang baru diusahakan 2 bulan itu dijangka dituai dalam masa 2 minggu lagi dengan keseluruhan hasil tuaian dianggarkan berjumlah 8 metrik tan yang mampu menjana pendapatan sebanyak RM60,000.
Bagi Mohd Amiludin Afiz, beliau berharap pr0jek itu dapat membuahkan hasil lumayan dan menyasarkan untuk membuka lebih banyak kebun baru bagi tanaman itu bagi memenuhi permintaan.
“Saya harap ada bantuan dari pihak berwajib untuk kami buka 4 lagi kebun baru agar hasil pengeluaran berterusan bagi memenuhi permintaan tinggi di pasaran,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Padang Terap, Mohamad Yuzaidi Azmi berkata projek berkenaan yang menggabungkan kawalan tanaman menggunakan kaedah kultura, biologi, dan mekanikal dipilih sebagai ladang contoh 0leh Jabatan Pertanian daerah ini.
“Kebaikan tanaman ini hasilnya lebih selamat untuk dimakan, hasil lebih tahan lama dan berkualiti serta pengeluaran lebih banyak dan pokok mampu bertahan dalam mengeluarkan hasil sehingga enam bulan.
“Kita akan membantu memberi rumah lindungan hujan kepada pengusaha, dan keperluan lain yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama, mengenai pr0jek tersebut – BERNAMA