(DARI kanan), Aisamuddin, Muhammad Naim, Muhammad Azihan dan Muhd Amir Aswadi Ghani bersama ayam baka diternak mereka di Kampung Losong, Kuala Terengganu. F0t0 Ahmad Rabiul Zulkifli.
WALAUPUN sering dipandang serong kerana hobi menternak ayam baka dianggap tidak gah seperti ternakan lain, empat sahabat mampu tersenyum apabila bidang diceburi sekadar suka-suka itu kini menjana pendapatan lumayan.
Muhammad Azihan Ismail, 25, berkata dia bersama tiga sahabatnya tidak kisah dengan pandangan orang lain kerana mereka gembira dengan apa yang dilakukan.
Katanya, ia bukan sekadar h0bi semata-mata, sebaliknya memberi pulangan lumayan apabila hasil diternak berjaya dijual.
“Saya sudah menghabiskan lebih RM30,000 untuk membeli induk dan pembaka ayam sepanjang bergiat aktif dengan h0bi ini sejak berusia 13 tahun.
“Ayam baka diternak bukan ayam kampung biasa, tetapi terdiri daripada baka terpilih selain ada yang diimp0rt dari Thailand.
“Sepanjang menternak dan menjual ayam, saya pernah menjual ayam baka phak0i pada harga RM5,000 seekor pada 2018,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Buluh, Kuala Terengganu, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, ayam diternak tidak selalunya berjaya dijual, jadi mereka memerlukan kesabaran tinggi sekiranya mahu terus meneruskan penternakan ini.
“Ketika ini, saya membelanjakan lebih RM500 sebulan untuk makanan dan ubatan untuk ayam terbabit.
“Selain puas melihat ayam baka ini membesar, h0bi ini membolehkan saya mempunyai ramai kenalan yang mempunyai minat sama dan kami biasanya berkumpul sebulan sekali untuk bertukar-tukar pandangan,” katanya yang mempunyai lebih 100 ek0r ayam baka.
Bagi Muhammad Naim Ramli, 35, dari Kampung Losong pula, dia menternak ayam kampung itu sejak berusia 12 tahun.
“Saya bermula dengan 10 ek0r dan ketika ini, jumlah ternakan sudah meningkat sehingga 500 ekor termasuk ayam baka pama, phakoi dan saig0n,” katanya.
Muhammad Naim atau lebih mesra dipanggil Naim L0song berkata, dia sanggup terbang ke seluruh negara selain Thailand untuk mendapatkan ayam jenis baka terbaik untuk dibiakkan.
“Menjadi penternak ayam memang dipandang lekeh kerana ia dianggap pekerjaan 0rang kampung, tetapi pada hakikatnya ia memberi pulangan lumayan.
“Jika tidak mampu menjana pendapatan, saya tidak kekal sebagai penternak ayam sehingga sekarang,” katanya.
Menurutnya, kegiatan menternak dan menjual ayam baka itu semakin rancak selepas dipromosikan melalui media s0sial.
“Jika dahulu, mungkin pasaran ayam itu hanya terhad dalam kalangan penduduk setempat, tetapi sekarang ia boleh dipasarkan secara meluas.
“Saya pernah ke Perak untuk menjual ayam baka phakoi kepada pelanggan dengan harga RM3,000 seek0r,” katanya.
Aisamuddin Razak, 31, dari Kampung Tok Jiring berkata, dia hanya menternak lebih 50 ek0r ayam baka.
“Walaupun menternak ayam itu secara suka-suka, saya mampu menjual antara dua hingga tiga ekor sebulan.
“Harga ayam tidak menentu bergantung kepada jenis baka iaitu berharga RM300 hingga RM3,000 seek0r,” katanya.
Menurutnya, dia aktif menternak pada setiap bulan kecuali pada Ramadan kerana memberi tumpuan kepada perniagaan ayam ba*kar dalam tin yang diusahakan sejak tiga tahun lalu – Harian Metro