“Tolong Jangan Datang Australia Nak Kerja Petik Buah!” – Anak Perantau Malaysia

‘Hanya bekerja sebagai pemetik buah, namun anda mampu meraih gaji minimum hampir lima angka dan ke atas sebulan!’

Ramai anak muda di Malaysia terpengaruh! Ia adalah kata-kata keramat yang sering dihebah-hebahkan ejen-ejen pencari pekerja sebelum mula menje*rat mang*sa berkerja secara ha*ram di bumi kanggaru itu.

Disebabkan itu juga ramai pelancong Malaysia dilaporkan semakin sukar untuk memasuki Australia ekoran ramai rakyat negara ini datang ke negara itu untuk bekerja sebagai pengutip buah ha*ram.

Perkongsian daripada anak perantau Malaysia di Australia ini diharap dapat membuka mata anda yang bercadang untuk menjadi ‘pemetik buah’ kononya denga cara betul di Australia.

“Assalamualaikum semua. Aku dan semua perantau di Australia nak bagi pesanan penting. Mintak baca sampai habis, letak kat semua page utama bahasa Melayu biar satu Malaysia baca ni. Tolong jangan terpedaya dengan iklan-iklan jadi pemetik buah di Australia. Kalau nampak iklan jadi pemetik buah, tolong lari jauh-jauh dan campak handphone sampai mesej tu terpadam. Ini sebab-sebabnya :

1) Kontraktor/agen tu akan bawa korang masuk Australia secara HA*RAM. Sape kata aku men1pu aku screenshot komen hantar pegi Kedutaan Australia.

Kenapa ha*ram? Dengar sini baik-baik. Agen yang duk bawak korang masuk Australia tu dia sebenarnya bawak korang masuk menggunakan visa PELANCONG. Korang faham tak visa pelancong tu apa. Visa pelancong tu adalah visa yang membenarkan korang melawat Australia selama 3 bulan tetapi anda TIDAK BOLEH BEKERJA di sana. Diulang….TIDAK. BOLEH. BEKERJA. Nehi, ha*ram.

Meh aku ajar. Bukan nak tunjuk pandai action sebab aku duduk oversea, tapi sbb aku tak nak korang kena tang*kap polis Australia! Ok dia macam nie. Agen tu nanti dia akan apply untuk kau seketul benda bernama “visa”. Visa yang dia apply utk kau tu ialah visa 601 iaitu visa “pelancong”. Nama lain visa Ni ialah : a) tourist visa b) electronic travel authorization (ETA) c) visitor visa d) visa 601

Itu gelaran2 yang kami panggil utk visa tu. Bila korang datang Australia di bawah visa tersebut, korang adalah DILA*RANG sama sekali untuk buat apa-apa pekerjaan. Tak boleh ambik upah apa-apa pun sepatutnya walaupun upah kerja basuh pinggan di restoran. Sebab ini adalah visa PELAWAT sahaja, untuk melawat lawat dan bercuti di negara diorang.

Apa jadi kalau polis terjah ladang strawberry korang? Kalau polis terjah dan jumpa korang Kat situ sedang bekerja, serta merta dia tahan dan ada beberapa proses selepas tu. Boleh jadi masuk ja1l boleh jadi dihantar balik ke Malaysia serta merta dan diha*ramkan datang Australia lagi (beberapa tahun ban*ned).

Tak best pun okay kena tang*kap dengan polis, dah sama level dengan orang orang Bangladesh dan Indon dah hidup dalam keta*kutan asyik kena lari bila ada operasi. Polis diorang gigih kay cari pekerja ha*ram, kau laki ke kau perempuan ke semua dia ce*kup.

So, tak payah nak memandai menyalahi undang-undang negara diorang. Australia sekarang nie dah migraine pening kepala dengan lambakan orang orang Malaysia yang masuk secara HA*RAM untuk petik buah nie. Buah strawberry buah anggur buah pisang ah semua ada la. Kerajaan dia dah tens1on g1la sekarang nie menghadap isu nie, tengah buruk nama Malaysia sekarang ni.

2) Agen banyak men1pu.

Dah ramai yang datang bila sampai je agen tak muncul kutip dia, maka bermalam lah di bus stop di train station hari pertama kami di bumi Australia. Duit dah le*sap, agen dah ambik duit korang RM berapa ribu dah sebelum korang fly lagi. Duit dia simpan, korang terka*pai kapai cari ladang mana nak kerja. Agen yang bertanggungjawab memang ada tapi nak bagi warn1ng di sini bahawa agen yang men1pu adalah WUJUD.

Gambar Hiasan

3) Bayaran dia rendah iaitu jauh lagi rendah dari minimum wage Australia.

Sebabnya, korang adalah pekerja ha*ram so korang takleh compla1nt. Dia tau korang takleh compla1nt. So dia boleh bayar sesuka hati sampaikan ada orang orang Kita nak beli makanan pun Kira syiling Kira duit $1 dollar $2dollar. Kiranya agen dah EXPLO1TASI rakyat Malaysia lah, diorang memang licik so jangan hairan.

Dia patutnya bayar korang AU$22 sejam sbb itu undang undang Australia :- sejam pekerja perlu di bayar AU$22. Tapi sebab korang nie bukan pekerja yang sah, dia bayar je la AU$13 ker…AU$15 ke. And korang Tak leh bising takleh mengadu kat sesape. Kadang kadang tu lepas tolak duit area rumah, last last baki yang tinggal tu jadi macma korang berhutang pulak. Samada zero atau negat1ve. Agen yang jujur memang ada tapi siap siaga la nak terkena dengan agen yang macam ni…

4) Kondisi rumah teruk.

Duduk di ladang kadang2 rumah yang dah bu*ruk, atau cabin, share sumbat ramai ramai tidur atas tilam. Ladang Pulak bukannya dekat dengan bandar, so tak perlu imagine boleh pegi enjoy di bandar setiap Hari atau setiap minggu

5) Kerja te*ruk & ha*zab.

Dari awal pagi boleh membawak sampai ke malam, ladangnya berkilo-kilo meter so jalan lah itik sepanjang kilo-kilo tu petik buah. Atau membongkok. Atau sesat dalam hutan pokok pisang. Kerja te*ruk, ada yang tak tahan so balik Malaysia terus.

6) Tidak Adil.

Buat pengetahuan korang, rakyat kita yang dah sedia ada kat Australia ni iaitu Melayu Cina India, mereka telah masuk ke Ausralia menggunakan saluran-saluran yang betul dan mematuhi undang-undang Australia. Mereka telah memohon visa -bekerja yang sah, iaitu susah payah Naik turun pejabat Dan Naik turun Kedutaan Australia semata Mata untuk dapat Visa Bekerja yang sah.

Kos? Tak payah cakap la. Diorang terpaksa keluarkan modal RM berbelas ribu Dan puluh ribu untuk mengikut saluran yang betul nie. Demi visa yang sah utk Cari rezeki di Ausralia, mereka kumpul duit belas belas ribu nak bayar kerajaan. Tiba tiba orang Malaysia lain masuk selamba pakai visa pelawat yang 20sen tu.

Bukan la 20sen, tapi nak cakap yg perbezaan dari segi kos tu macam langit dan bumi maka sebab itu lah orang orang Malaysia lain di sini (Melayu, Cina, India) sangat sangat marah dengan tindakan segelintir orang Kita yang ikut jalan belakang dan langgar law negara lain. Tidak adil maka tiada keberkatan dalam rezeki.

Dalam Islam adalah wajib untuk kita mematuhi undang2 sesebuah negara termasuk negara Barat misalnya undang-undang tentang visa, tentang citizenship mahupun jalanraya. So di mana nak cari keberkatan kalau cara masuk pun dah salah dari awal. Orang lain berusaha sungguh sungguh cari RM2k atau RM30k demi mendapat visa bekerja, tapi kita masuk pejam mata bayar visa pelancong je RM50. Sedih weh orang orang Cina orang India yang dapat tahu benda nie, kesian la kat diorang.

7) Salah guna proses.

Lepas dah masuk bekerja cara sa*lah, lepas tu nanti Agen tu suruh korang stay jangan balik lepas 3 bulan. Padahal syarat maximum boleh duduk 3 bulan je weih, tapi Agen pandai la dia apply pulak visa lain untuk korang. L1cik kan. Masalahnya, visa yang dia apply nie sepatutnya hanya untuk golongan tertentu SAHAJA, kerajaan sediakan visa tu untuk golongan tertentu TAPI orang orang kita nie ambik kesempatan dan apply jugak reramai visa tu. Mana Tak pen1ng kepala Immigration Australia??

Atas sebab perbuatan orang Kita lah sekarang Ni golongan yang betul2 memerlukan visa tu terpaksa queue panjang gila Dan Tak dapat proses visa tu cepat sebab berlambak file depan Mata pegawai nak proses orang orang Kita punya permohonan.

Ok faham korang nak sangat duduk oversea dah seronok Tak nak Balik, dah dapat upah hensem. Tapi kes1anla Kat golongan yang layak dapat visa khas tu! Member aku dah 2 tahun lebih kut tak jumpa suami dia sbb duk queue tunggu visa khas nie, buruk lagi sekali nama Malaysia sebab salah guna system negara lain, grrr..

8) Malu weih!

Orang orang Malaysia yang dah sedia menetap Kat sini sekarang ni malu nak tunjuk muka dekat Immigration sebab Immigration dah cop Malaysia sbg negara yang suka ambik kesempatan atas negara diorang. Tolongla kes1an la kat kitorang yang cari rezeki Kat sini (ye tau la korang pun nak bagi alasan cari rezeki jugak tapi buat la guna saluran yang betul!!! Sabar la tunggu proses yang betul!).

9) Visa visa pelancong dah dike*tatkan :

Oleh kerana orang orang Malaysia duk masuk bekerja kutip buah guna visa pelancong, Immigration sekarang nie dah perketat dan asyik re*ject visa -visa yang dimohon oleh sedara mara kita yang betul betul nak bercuti. Orang orang yang ikhlas betul2 nak datang melawat melihat keindahan Australia, visa visa diorang sekarang nie banyak yang diten*dang. Tak Lulus. Padahal diorang takde kes APA pun, Tak de buat salah apa pun tau tau visa kena Rendang. Ada yang dah beli tiket dan book homestay, burn macam tu je duit. Gara gara perbuatan orang lain, orang lain yang kena.

10) Hakikat Sebenar

Hakikatnya kerja kutip buah tu adalah sangat memenatkan dan ada yang kata dia dah lama tak sembahyang sebab terlalu penat bekerja pagi sampai malam. Ada yang terlalu penat sampai mula minum alco*hol nak hilang st*ress, ada yang ambik da*dah. Tak semua la ye, tapi ada. Last last tak tahan kerja ladang maka diorang pun pegi bandar dan mula cari kerja kerja buruh lain.

Kepada yang nak cakap “Ala biar la orang lain pun nak cari rezeki jugak, ingat di Malaysia ni senang Cari job ke? Tak payah nak dengki la orang nak GI kutip strawberry ke kutip grape ke” haa nie jawapan aku

Kau nak cari rezeki tolong Mak Ayah tolong keluarga tu dah betul, Allah suka dah just tu. Tapi, CARA kau salah!

Menggunakan $50juta wang pembayar cukai untuk Kos menapis permohonan-permohonan visa khas tu sedangkan 50juta dollar tu kerajaan Aussie boleh guna untuk benda lain.
Memalukan nama Malaysia di mata Australia.

Boleh menyebabkan Australia bertindak memba*talkan nama Malaysia dari system ETA. Kalau ini terjadi, men* angis la lepas ni orang orang yang nak bercuti ke sini sebab nak apply visa pelancong tu saja pun dah jadi susah, bukan senang mcm system skrg nie.

So tolonglah Tak payah nak bagi alasan yang korang pun nak cari rezeki ‘halal’, kesan benda ni adalah amat dirasakan kami di sini sampai malu sangat sangat sebab asyik masuk berita pasal ill*egal workers dari Malaysia. Pihak kerajaan pun tolonglah buat sesuatu supaya peluang pekerjaan di Malaysia bercambah, tak perlu rakyat Kita duk masuk secara ha*ram gini di negara orang. Media media tolong la highlight benda nie

Mana budak budak filem budak Masscom semua tu? Project final year tahun nie tolong la buat kempen ke movie pendek ke pasal PEN1PUAN SIND1KET PEMETIK BUAH AUSTRALIA. Gitew. Buat kempen kesedaran besar2 sikit biar orang orang di kampung pun fahu sbb agen agen ni dia cerdik, dia Cari orang orang yang Tak tahu menahu pasal visa bagai nie. Orang tu ingat oh gi Australia, duit mahal, kaya la aku weeheee. Hampeh.

Tak de nya kaya, ramai tu Balik malaysia semula duit cukup cukup je atau lebih sikit je la pun. Agen kalau buat iklan mmg janji bulan bintang la, Mana dia nak cerita realiti sebenar. Yang korang percaya bulat bulat tu kenapa.

Lain Kali, kalau nampak iklan petik buah tu, korang hantar nama orang iklan tu kat polis atau pejabat buruh atau Kedutaan Australia. Pihak berkuasa memang tengah Cari agen agen l1cik nie sebab diorang nak eksplo1tasi buruh. Ni ialah proses eksplo1tasi tenaga buruh. Yg untung ialah supermarket dan agen agen (sebab cheap labour).

Baiklah itu lah amaran penting dari kami semua di sini, sape kat bawah komen,

“Alaaa abang aku aritu kerja kutip buah kat Aussie okay je balik Malaysia berkepuk kepuk duit”

Sape komen macam tu kau dikira menggalakkan je*nayah rekrut pekerja ha*ram dan menggalakkan orang ramai nak buat. Komen akan di screenshot dan dihantar kepada Kedutaan, huh. Buat benda biar berkat, fikir sikit kesan kat orang lain.

Sekian khidmat pesanan masyarakat dari kami warga Malaysia di bumi kangaroo.

Sumber: Mohd Melbournizam (Bukan nama sebenar)

Leave a Comment