Iklan terkini untuk jawatan kosong kepada pemohon yang berminat untuk bekerja di LEMBAGA URUS AIR SELANGOR yang bertempat di Negeri Selangor. Permohonan untuk iklan terbaru boleh dibuat melalui portal rasmi LEMBAGA URUS AIR SELANGOR. Sebelum membuat permohonan jawatan kosong yang diiklankan, sila mengikut langkah-langkah memohon di bawah supaya anda tidak terlepas dalam menjawat jawatan ini.
Terkini LEMBAGA URUS AIR SELANGOR membuat iklan jawatan kosong secara terbuka kepada semua rakyat SELANGOR sahaja yang berkelayakan untuk menjawat jawatan yang telah diiklankan di portal rasmi LEMBAGA URUS AIR SELANGOR.
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
- PENOLONG JURU UKUR BAHAN JA29
- PEMBANTU OPERASI N11
- PEMBANTU AWAM N11
Permohonan jawatan di LEMBAGA URUS AIR SELANGOR adalah permohonan secara terbuka kepada rakyat Selangor sahaja yang boleh dibuat secara terus melalui portal rasmi LEMBAGA URUS AIR SELANGOR.
Untuk membuat permohonan LEMBAGA URUS AIR SELANGOR, klik pautan yang berwarna biru
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
1) Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 berharga
RM1.00 yang boleh diperolehi di Tingkat 13, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
sahaja.
2) Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan
Negeri Selangor adalah seperti berikut ;
(a) Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(b) ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(c) pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor
melebihi 15 tahun. Pembuktian bagi mana-mana syarat pada perenggan seperti maksud di atas
hendaklah dikemukakan melalui dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.
3) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):
(a) Salinan Kad Pengenalan.
(b) Salinan Surat Beranak.
(c) Salinan sijil PMR/SPM/SVM
*mana-mana yang berkaitan
(d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir
(e) Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
(g) Gambar berukuran pasport.
4) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan
mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod
Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) yang disahkan.
5) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.
6) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
7) Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan
calon untuk proses temuduga jika berkaitan.
8) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul
surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat
berkenaan dengan HURUF BESAR.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U/P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)
Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 21 Februari 2020 (Jumaat)