Kerancakkan pembangunan bolasepak di rantau Asia Tenggara jelas kelihatan kini apabila negara-negara di Asia Tenggara telah mula mengorak langkah untuk menjadi yang terbaik bukan sahaja di rantau Asia Tenggara namun di pentas Asia.
Antara pasukan yang kelihatan sangat berbeza adalah pasukan FIlipina yang mendapat sentuhan ketua jurulatih baru Scott Cooper. Dibawah kendalian Scott pasukan ini tampil berbeza dan mereka sudah bersedia untuk bertemu mana-mana pasukan sahaja.
Antara bukti pasukan ini adalah antara pasukan terbaik apabila mereka berjaya untuk tidak dikalahkan secara jaringan yang besar ketika bertemu pasukan Syria. Filipina hanya tunduk tipis dengan pasukan yang berada di ranking 79 dunia itu.
Dikatakan pasukan FIlipina dibawah Scott Cooper mempunyai falsafah dan budaya bolasepak baru. Mereka kali ini lebih menguasai bahagian hadapan perlawanan berbanding sebelum ini hanya berada di kawasan sendiri.
Menurut pengurus skuad Filipina, Dan Palami mengatakan dengan kehadiran jurulatih tersebut mereka sudah bersedia untuk bertemu mana-mana pasukan dan dimana sahaja perlawanan dilangsungkan.
Ini kerana pemain-pemain dan staf pasukan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi. Jadi kami (Filipina) lebih yakin sekarang yang kami adalah antara salah sebuah pasukan Terbaik di Asia.
Ketua pasukan Filipina Stephan Schrock turut mengatakan bahawa pasukan tersebut kini telah berubah dan sedang mengalami satu proses ubahsuai sepenuhnya. Beliau juga mengatakan dibawah bimbingan ketua jurulatih baru ini, mereka kini sedang diterapkan dengan mentaliti sang juara.
Semua pemain juga katanya mendapat peluang yang sama rata untuk mempamerkan aksi yang cemerlang untuk disumbangkan kepada pasukan.