Agong, Saya dan Anak Buat Semua Benda, Cuci dan Kemas Bilik- Permaisuri Agong

Kami rasa semua sedia maklum bahawa sekarang Kebawah Duli Yang Dipertuan Agong, Permaisuri dan anaknya dalam kuarantin selepas 9 petugas Istana disahkan CoV-19.

“Hanya kami sahaja di Istana, tiada pelayan atau bodyguard. Saya, Tuanku dan anak buat semua sendiri, cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk kerana pernah ada kontak dengan mereka yang positive.

Begitulah perkongsian yang dibuat oleh Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menceritakan keadaan semasa dan aktiviti seharian mereka selepas 5 hari menjalani kuarantin di Istana Negara.

Tuanku dan Permaisuri dikatakan perlu mematuhi arahan kuarantin dan hanya dibenarkan keluar dari bilik pada 9 April nanti. Selain itu, baginda mendoakan agar semua petugas istana yang positive akan segera sembuh.

“Alhamdulillah kami negative, dan sedang patuh arahan doktor. Saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing. Lambai dari jauh sahaja. Kami tidak dibenarkan melawat dan juga tidak ada sesiapa yang dibenarkan naik ke atas Istana.”

Baginda juga mengingatkan kepada seluruh rakyat agar mematuhi arahan pihak Kerajaan untuk sentiasa berada di dalam rumah masing-masing.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, kami hanya boleh keluar bilik selepas 9th April dan selepas buat test dan selepas itu juga kena berjaga-jaga, begitu juga dengan petugas istana yang lain.”

“Jom kita sama-sama menghapuskan penularan wabak ni dari ianya terus menular dalam kalangan masyarakat kita. Duduk di rumah, jangan keluar dan jangan degil. Ini tanggungjawab kita semua walaupun kita berserah kepada Allah swt”

Leave a Comment