Ketua Pengarah Kesihatan sertai kumpulan Saintis Dunia Bagi menentang CoV-19

Dalam laporan terbaru akhbar melaporkan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, telah menyertai gabungan sainstis dunia dalam usaha mereka menentang pandemik CoV-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

Menurut Drugs for Neglected Diseases Initiative (DnDi) mengumumkan bahawa hari ini, Dr Noor Hisham merupakan salah seorang daripada 74 orang penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal CoV-19 yang bertujuan mempercepat penyelidikan CoV-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.

Untuk pengetahuan anda semua, selain daripada saintis, gabungan tersebut juga terdiri daripada ahli fizi, funder, dan juga penggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari lebih 30 negara.

Mereka akan memberi komitmen sepenuhnya bagi mencari jalan penyelesaian CoV-19 bagi kawasan kekurangan sumber di mana virus tersebut boleh melumpuhkan sistem kesihatan yang harus dan akan menyebabkan kesan kesihatan yang paling besar kepada penduduk yang terdedah.

Menurut satu jurnal antarabangsa-The Lancet mengatakan bahawa ahli gabungan menyuarakan pandangan bahawa kerjasama penyelidikan dan koordinasi antarabangsa diperlukan dengan segera bagi menyokong Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan beberapa buah negara Asia sebagai tindak balas segera terhadap wabak yang semakin memburuk dan mempercepat penyelidikan yang disesuaikan dengan keadaan sumber yang terhad.

Antara penandatangan utama di dalam gabungan ni adalah Profesor Universiti Kolokotrones dari WHO (Kesihatan Dunia) dan Perubatan Sosial di Universiti Perubatan Harvard, Amerika Syarikat, Paul Farmer: Ketua pengarah institut Pasteur, Perancis, Steward Cole dan Saintis Kanan di Universiti Oxford.

Gabungan itu dibentuk bagi mempermudah pendekatan koordinasi supaya semua data dari semua wilayah dapat dikumpulkan dalam masa nyata yang akan membantu negara-negara dan WHO bagi membuat keputusan berasaskan kepada bukti yang jelas mengenai dasar dan amalan.

Difahamkan bahawa Ketua Sainstis WHO, Dr Soumya Swaminathan memuji inisiatif gabungan tersebut yang mana akan membantu WHO melaksanakan peranan penyelarasan dalam tindak balas dunia terhadap CoV-19.

Leave a Comment