Media Thailand mula Lancar Propaganda terhadap Tan Cheng Hoe

Walaupun perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditangguhkan akibat penularan wabak CoV-19. Media Thailand lancarkan propaganda terhadap jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe dan anakbuahnya.

Menurut sumber, satu artikel telah dikeluarkan oleh Stadium Thailand menyatakan bahawa media Malaysia dan Indonesia mengatakan bahawa Tan Cheng Hoe kini ‘Kecewa’ apabila persediaan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir kelayakkan Piala Dunia 2022 selaku 12 pasukan terbaik Asia tersekat.

Ini selepas perlawanan antarabangsa yang ditunda (berkemungkinan besar hingga akhir tahun ini), tiadanya perlawanan liga domestik dengan jadual latihan skuad kebangsaan yang masih lagi kabur menyebabkan ketua jurulatih Malaysia menunjukkan tanda-tanda “takut” atau “menggelupur”.

Di dalam artikel yang dikeluarkan oleh Media Thailand itu, mereka membuat satu andaian untuk membaca kenapa TCH mahu perlawanan kelayakkan dunia diteruskan sedangkan dunia di landa isu CoV-19. Apakah manfaat kepada Malaysia dan kenapa skuad iut dilihat dahagakan perlawanan.

Selepas mereka membuat penyelidikan atau analisis, mereka berkata bahawa alasannya adalah Tan Cheng Hoe berfikir jika tiada CoV-19 maka skuad Harimau Malaya mempunyai kelebihan dan bakal menjadi ancaman kepada pasukan lain dalam pusingan seterusnya.

Malaysia mempunyai kelebihan menurut mereka kerana Malaysia adalah sebuah pasukan hampir sempurna berbanding pasukan lain dalam kumpulan G selepas beberapa pasukan dalam kumpulan tersebut baru sahaja melantik ketua jurulatih yang baru dan mereka memiliki masa bermain yang sedikit.

Media Thailand juga mengatakan bahawa Malaysia memiliki 3 pemain kacukan yang menjadikan Malaysia lebih baik dan kuat. Antara nama pemain yang di”petik” oleh mereka adalah Brendan Gan, Mohamadou Sumareh dan Corbin Ong yang bakal memberikan kelebihan kepada skuad Harimau Malaya.

Mereka memperakui bahawa Malaysia berjaya memanfaatkan pemain-pemain tersebut.

Selain itu, Malaysia juga menarik minat beberapa pemain baru untuk memperkuatkan pasuakn Harimau Malaya. Antara pemain yang dikaitkan dengan Malaysia adalah Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula dan Lee Tuck.

Media Thailand itu juga memetik bahawa mereka mahu melihat apakah dengan perlawanan sedang ditunda dengan tempoh yang agak lama membuatkan pasukan Malaysia menjadi kurang bernafsu hujung tahun ini atau mereka akan lagha.

Leave a Comment