Pandemik CoV-19 kini sudah menjangkiti 1 juta orang di seluruh dunia. Ini secara tidak langsung telah membuatkan masyarakat dunia menjadi panik. Sehingga ada yang merasa panik secara berlebihan.
Rasa panik berlebihan membuatkan seseorang itu berasa prasangka buruk dan stigma negatif terhadap pesakit dan jenazah positif CoV-19. Semua sepatutnya sedia maklum bahawa penyakit ini adalah dibawa oleh orang luar, dan mereka yang dijangkiti dalam sesebuah negara adalah mangsa.
Jadi mereka bukanlah pembawa penyakit CoV-19 itu melainkan mereka adalah mangsa dijangkiti. Tidak perlulah kita terlalu memandang negatif terhadap mereka yang terjangkiti sehingga ada yang berada jenazah itu membawa malang dan membawa penyakit ke sesebuah kampung.
Tidak terima jenazah CoV-19
Mengikut sumber, ada beberapa daerah di Indonesia tidak menerima jenazah CoV-19 dikebumikan di perkampungan mereka. Ini kerana mereka berasa takut dijangkiti oleh mayat tersebut.
Sehingga apabila ambulans membawa mayat CoV-19 disekat oleh orang kampung dan petugas kesihatan dibaling batu.
Satu kejadian di Jawa Tengah, sebuah video memaparkan pelakuan kurang menyenangnkan pendudukan kampung terhadap petugas kesihatan yang hendak kebumikan jenazah.
Warga kampung tersebut telah memberontak enggan menerima jenazah dikebumikan di kampung mereka sampaikan jenazah tersebut terpaksa dipindahkan keesokan harinya.
Mereka bertindan menghalau ambulans itu daripada masuk ke kawasan mereka kerana ada bawa jenazah positif CoV-19. Laluan ambulans dihalang dengan jeritan “kau patah balik” kepada petugas sehingga ada yang melempar kayu dan batu ke arah mereka.
Ketua Kampung dan Polis Nasihat Warga
Dikatakan juga bahawa ketua kampung dan pihak polis sudah menasihati warga bahawa jenazah itu tidak akan membawa penyakit selepas dibersihkan di Hospital. Namun warga tetap tidak menerima nasihat tersebut.