Dalam sidang media harian yang berlangsung di Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa peningkatan kes baharu CoV-19 di bawah angka 100 orang.
“Pada hari ini, terdapat sebanyak 85 kes baharu CoV-19 telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 5072 kes.” – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan daripada jumlah keseluruhan tersebut hanya sebanyak 2342 kes yang masih lagi aktif dan selebihnya sudah pulih dan pesakit sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing.
Ini bermakna pada hari ini terdapat 169 pesakit telah sembuh dan dibenarkan untuk discaj daripada hospital.
“Pada hari ini seramai 169 pesakit dibenarkan untuk pulang ke rumah dan menjadikan kes sembuh sepenuhnya dan dibenarkan untuk pulang ke rumah meningkat kepada 2647 orang dengan peratusan sebanyak 52.18% kadar kesembuhan.” – Dr Noor Hisham
Alhamdulillah angka ini menunjukkan perkembangan yang baik untuk negara kita. Semoga CoV-19 ini akan berakhir secepat mungkin dan diharapkan tiada kes baru direkodkan sehingga akhir Perintah Kawalan Pergerakan nanti.
Malaysia telah melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selepas 2 fasa dilaksanakan sebelum ini tidak mampu untuk memutuskan rantaian penularan CoV-19 sepenuhnya. Maka fasa ketiga adalah berperanan untuk menamatkan penularan CoV-19 dalam negara kita.
Semoga usaha pihak kerajaan ini berjaya dan kita bebas daripada CoV-19 secepat mungkin.