Cuaca skrg ni tidak mementu tambah lagi macam-macam penyakit, oleh itu kita kenalah jaga kesihatan badan termasuk selesma dan sakit tekak.
Artikel kali ini kami kongsikan bagaimana mengatasi masalah hidung tersumbat akibat selesma, batuk dan sakit tekak dengan mengamalkan beberapa petua semulajadi ini.
1. Garam – ambil secawan air yang suam dan isikan 3 cubit garam lalu kacau hingga sebati. Kumur selama 30 saat, ulang beberapa kali dalam sehari. Sifat garam yang mengandungi florida mampu memusnahkan virus pada tekak.
2. Untuk masalah selesma dan hidung tersumbat, titiskan air yang mengandungi garam ke lubang hidung. Ia mampu mencairkan mukus yang pekat sekaligus membunuh virus dalam hidung.
3. Untuk gejala sakit tekak, kumur air garam tiga kali sehari untuk melegahkan tekak dan merawat jangkitan yang lebih parah.
4. Hasil kajian yang dibuat, jangkitan sembuh lebih pantas iaitu seawal dua hari. Risiko penyebaran kuman pada orang lain juga dapat dielakkan.
5. Selain itu, ia dapat dapat menjimatkan kos rawatan doktor di hospital dan caj ubat-ubatan serta dapat mengelakkan penyalahgunaan ubat2 antibiotik.
6. Secara purata, seseorang individu akan mengalami sakit tekak dan selesma tiga kali setahun. Gejala ini menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh menyebabkan mood seseorang terganggu.
Jika anda mengalami simptom awal sakit tekak cuba amalkan petua ini. Jika ia berterusan segeralah berjumpa dengan doktor.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share. Terima kasih.