1. Tuala basah – basahkan tuala atau apa-apa kain dan lipat mengikut keperluan dan saiz pasu, letakkan tuala diatas permukaan tanah dan bawah pasu agar tanah sentasa lembap.
2. Lampin – basahkan lampin budak dan letakkan di permukaan tanah dan atas pasu agar tanah sentiasa lembap.
3. Botol meneral – buat lubang kecil dan isikan air pada botol meneral kemudian masukkan hujung botol ke dalam tanah, cara ini membolehkan tanah sentiasa mendapat bekalan air.
4. Alas pasu – isikan dengan air supaya tanah dan akar dapat menyedut air untuk diperlukan oleh pokok terus segar.
5. Sistem pengairan automatik – isikan botol meneral yang besar dan tali nylon atau apa2 tapi yang boleh menyerap air. sambungkan tali tadi dari botol ke pasu untuk membekalkan air.
6. Letak ditempat redup – Siram secukupnya pasu dengan air dan letakkan di tempat yang redup dan tidak panas, tanah sentiasa lembap kerana tidak terkena matahari.
7. Sistem Fertigasi – untuk tanaman seperti cili, tomato dan lain2, gunakan fertigasi iaitu siraman automatik yang menggunakan timer.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share di wall facebook anda. Terima kasih.