Diabetis Sembuh, Penglihatan Kembali Terang Dengan Jus Terung Belanda

Terung Belanda atau nama saintifiknya Cypomandra adalah sejenis tumbuhan liar yang menyerupai Cerry, ia lebih kecil berbanding terung biasa. Ia tumbuh dengan subur di negara kita terutama di Sabah dan Sarawak.

Mungkin ramai yang tidak tahu, terung belanda ni mempunyai banyak khasiat, biasanya ia dimakan begitu sahaja atau cicah dengan garam dan kicap.

Kini ia boleh dibuat sebagai jus untuk kesihatan tubuh, caranya ialah campurkan susu pekat atau cair dan sedikit gula di blend menjadi jus.

Artikel kali ini kami kongsikan 6 khasiat jus durian belanda. Lepas ni boleh la korang buat sendiri kat rumah.

1. Sembuhkan Diabetis – serat dalam jus terung belanda mampu mengawal kadar gula dalam darah. Antioksidan dalam buah pula membantu mengurangkan stress oksidatif hati dan pankreas.

2. Meningkatkan penglihatan – Nutrisi seperti Vitamin A yang terdapat pada jus membantu melindungi mata dari kerosakan dalaman dan luaran mata.

3. Turunkan berat badan – Terung belanda mempunyai jumlah kalori yang rendah mampu turunkan berat badan. Kandungan air yang banyak dan rasanya yang asam boleh mengenyangkan perut dan sedap dimakan begitu sahaja.

4. Melawan kanser – terung belanda mempunyai antioksidan yang tinggi dan sangat kuat melawan kanser, ia mampu melindungi tubuh dari kerosakan akibat stress oksidatif.

5. Naikkan Metabolisme – Khasiat dan vitamin yang terdapat pada buah terung pipit boleh menaikkan kadar metabolisme dalam badan sekaligus memberikan tubuh badan berfungsi dengan baik.

6. Mencegah anemia – Kandungan cecair dan zat besi yang tinggi pada terung belanda boleh mencegah anemia, keletihan, mual-mual dan sakit badan. So, yang kurus kering tu cubalah amalkan jus ini sekali sekala.

Jika anda rasa artikel ini sangat bermanfaat, jangan lupa share. Terima kasih.

Leave a Comment