Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.
Semakan dan cara menuntut dekoder MYTV percuma secara online. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional semuanya layak untuk mendapat dekoder percuma MYTV. Jika anda adalah penerima BSH maka anda secara automatik.
Jika anda layak, bagaimana pula cara menuntuk dekoder MYTV percuma anda tersebut. Bahagian ini ramai yang keliru. Nampak nama ada dalam senarai tetapi tidak tahu mana nak ambil atau tuntut dekoder tersebut.
Kali ini kami ingin kongsikan cara tuntut dekorder MYTV yang muda agar dekorder anda sampai ke rumah walaupun anda layak dan setelah membuat semakan online nama anda ada dalam senarai.
SENARAI SIARAN MYFREEVIEW
MYTV menyediakan siaran-siaran percuma (tidak berbayar) untuk saluran-saluaran TV yang tersenarai di bawah. Saluran lain yang berbayar juga sedia untuk anda langgan jika berminat dan berkenaan.
- TV1 (HD)
- TV2 (HD)
- TV Okey
- RTM Sports HD
- RTM Bes HD
- TV3 (HD)
- CJ Wow Shop (Melayu)
- CJ Wow Shop (Cina)
- NTV7
- 8TV
- TV9
- TV Al-Hijrah (HD)
- Bernama News Channel
Dan juga siaran radio
- Nasional FM
- Traxx FM
- Minnal FM
- Ai FM
- Klasik FM
- Asyik FM
CARA SEMAKAN DAN TUNTUTAN
Oleh kerana jumlah penerima dekoder percuma adalah sama dengan jumlah penerima BSH, besar kemungkinan proses pengeluaran dan penyediaan dekoder tersebut juga terpaksa tunggu giliran. Untuk keluarkan berjuta-juta dekoder percuma bukanlah perkara yang boleh dibuat dengan mudah. Mohonlah bersabar.
- Pastikan klik pautan berwarna biru yang telah disediakan di atas
- klik B40
- Masukkan No Kad Pengenalan anda di ruang disediakan
- Klik semak
- Yang dapat MYTV percuma akan dapat seperti dalam gambar ini
- Selepas itu pergi step seterusnya
- Isi maklumat yang diminta
- Pastikan alamat yang di isi adalah tepat
- Selesai isi maklumat yang di minta, Tick kotak kecil untuk pengesahan maklumat yang di isi adalah betul
- yang terakhir, klik hantar
Sila semak di sini sama ada kawasan anda telah tersenarai untuk menerima rangkaian siaran MYTV.
Tak sabar nk dapat
Bagaimana nak tuntut sekiranya penama dah meninggal?
Saya pn xtahu mcm mna mahu tuntut mytv ni atau kakitangan jkm hubungi kita
Saya dari bulan 5 dah kemaskini alamat serta penerima di bawah b40.tetapi sampai sekarang tak dapat mytvdecoder.knp jd mcm tu?