Tak Perlu Jumpa Doktor – Bisul, Cirit-Birit, Demam Panas Sembuh Dengan Air Rebusan Daun Sireh Cina

Daun sireh cina atau juga dikenali sebagai Ketupang adalah tumbuhan menjalar yang mempunyai banyak manfaat dan khasiat namun ianya semakin dilupakan kerana kewujudan ubat-ubatan moden.

Jika orang dulu, mereka sering menggunakan daun ini sebagai ubat untuk merawat pelbagai masalah dan penyakit. Sehingga kini masih ada yang mengamalkan petua ini.

Antara manfaat dan kegunaan daun sireh cina adalah:

1. Demam panas – daun dan batang pokok diramas bersama sedikit campuran air lalu disapukan keatas kepala untuk mengurangkan suhu badan budak atau orang dewasa.

2. Bisul, jerawat, penyakit kulit – ambil dua rumpun pokok ini dan dicuci bersih kemudian ditumbuk lumat. Rebus dengan 300ml air sehingga mendapat 1 gelas air pati. Minum ketika suam dua kali sehari sehingga sembuh.

3. Cirit-birit, sakit perut – Cuci bersih pokok ini, perah dan tapis air patinya. Minum dua kali sehari sehingga sakit perut sembuh dan cirit birit lega.

4. Merawat luka terbakar – ambil pokok dan cuci bersih kemudian tumbuk hingga lumat, tempelkan ramuan tadi pada bahagian yang luka, ulang beberapa kali sehingga luka beransur sembuh.

5. Sakit pinggang – cuci bersih herba ini kemudian dierbus hingga jadi 1 gelas, minum ketika suam, perlu diminum dua kali sehari iaitu pagi dan petang.

Bagi yang belum mengetahui khasiatnya, bolehlah tanam di dalam pasu, ia tumbuh dengan senang. Ia bukan sahaja penting ketika kecemasan, malahan ia menjadi ubat mujarab yang sangat menjimatkan.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di wall facebook anda terima kasih – Sifudurian

Leave a Comment