Mulai Sekarang Jangan Buang Air Cucian Beras, Ia Sangat Mujarab Untuk Halau Anai-Anai

Anai-anai ni kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung lebih awal, ia akan memakan apa sahaja di tempat mereka bersarang.

Jika tidak di kawal dengan cepat, ia boleh menyebabkan tanaman seperti durian mati. Biasanya anai-anai akan bersarang pada akar dan memakan semua nutrien pokok.

Artikel malam ini saya kongsikan 5 cara menghapuskan anai-anai dengan berkesan.

1. Air cucian beras – jangan buang air selepas mencuci beras, ia boleh digunakan untuk menghalau anai-anai yang menganggu tanaman atau membuat sarang di rumah anda. Tuang atau sembur je di tempat anai-anai bersarang.

2. Minyak tanah –  agak susah nak dapatkan sekarang minyak tanah ni, kecuali di pam minyak. Ia amat mujarab membun0h anai-anai dengan cepat, tuangkan di tempat anai-anai bersarang.

3. Air Kapur Sirih – ia bersifat panas, tuangkan pada rumah anai-anai, ia boleh menyebabkan kulit anai-anai melecur dan m4ti.

4. Tembakau –  rendam semalam dengan air dan tuang ditempat anai-anai bersarang, masalah selesai.

5. R4cun kimia – ada banyak jenis r4cun kimia yang di jual di kedai pertanian seperti Hextar Chemicide, Plasbon, Stedfast dan banyak lagi.

Apapun cara anda menghapuskan anai-anai, jangan biarkan ia bermaharajalela kerana ia boleh membawa kemusnahan dan kerugian yang besar pada tanaman dan hartabenda anda.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di wall facebook anda terima kasih – Sifudurian

Leave a Comment