Harga Mencecah RM200 Sekilo, Inilah Khasiat Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora) Yang Ramai Tidak Tahu

Mungkin ramai yang tidak kenal, kunyit hitam adalah sejenis tanaman herba yang berpotensi tinggi untuk di komersialkan samaada menjual anak benihnya atau rizom untuk dijadikan sbg kapsul kesihatan.

Saya sendiri pernah membeli rizom kunyit hitam dari Thailand sebanyak 2 kilogram berharga RM400 termasuk postage untuk disemai balik dan akan menjual anak benihnya bila cukup besar dalam polybag.

Kalau di Thailand, tumbuhan ini dikenali sebagai ‘viagra’ semulajadi atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora kerana mempunyai khasiat yang luar biasa untuk kesihatan terutamanya lelaki.

Artikel petang ini saya ingin kongsikan antara manfaat yang terkandung pada kunyit hitam untuk kesihatan badan.

1. Anti gastrik, anti radang, anti obesiti – bagi anda yang mempunyai masalah ini, cuba amalkan air rebusan kunyit hitam setiap hari.

2. Jamu – bagi ibu yang baru lepas bersalin dan dalam pantang, amalan meminum air rebusan kunyit mampu mencuci darah dan mengecutkan rahim.

3. Penawar racun – Rizom kunyit hitam mentah yang ditumbuk juga digunakan untuk merawat bisa patukan seperti ular tedung, kalajengking, lebah dan sebagainya.

4. Rawatan terapi – Dalam perubatan tradisi Cina pula, kunyit hitam sudah bertahun lama digunakan untuk merawat masalah kemurung­an, menghilangkan kesan lebam, peredaran darah dan darah beku.

5. Miningkatkan gh4irah s3ks – bagi kaum lelaki yang keinginannya untuk bersama dengan pasangan dan lemah tenaga dalaman, boleh amalkan herba ini. Hiris dan tuang dengan air panas dan minum sebelum bersama.

Bagi penggemar tanaman herba, kunyit hitam antara pokok yang wajib ada tanam sebagai koleksi tanaman di halaman rumah anda.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share sekian terima  kasih – Sifudurian

 

Leave a Comment