Harga Cili Bara RM50-100 Sekilo, Ini Punca Daun Jadi Kerinting Dan Cara Penyelesaiannya

Bagi anda yang ingin terjun dalam bidang pertanian, terutama tanaman cili, TAHNIAH saya ucapkan! anda sebenarnya di landasan yang betul sebab produk pertanian sentiasa mendapat permintaan tinggi.

Time PKP ni harga cili bara melonjak naik mendadak sehingga RM50-100 sekilogram disebabkan permintaan yang tinggi dan pengeluaran pula sangat terhad.

Artikel petang ni saya ingin kongsikan PUNCA daun cili menjadi kerinting dan SOLUSINYA.

1. Daun kerinting – Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan nampak bintik2 hitam dan warna putih seakan tepung melekat di bawah daun. Itu adalah apid dan lalat putih.

Kedua-dua serangga ini gemar sekali hinggap pada pokok cili. Mereka akan menghisap daun pokok dan seterusnya membuatkan pokok diserang penyakit.

Kehadiran serangga perosak ini membuatkan pokok mula tidak sihat. Kita dapat lihat daun mula kerinting dan gugur. Akhirnya tinggal rangka sahaja tanpa sebarang daun.

Solusinya mudah sahaja iaitu dengan kita menyembur racun organik. Sembur diatas dan di bahagian bawah daun seawal pagi selepas subuh atau lewat petang sekitar jam 5-6 petang. Kekerapan semburan sebolehnya 3 kali seminggu sehingga serangga tadi mati.

Anda boleh buat sendiri racun serangga DIY iaitu menggunakan bawang putih + cili bara + minyak masak + sabun cecair dan blend sekali lalu sembur pada daun cili yang bermasalah.

Jangan lupa sembur di bawah daun cili yang ada hama dan kutu daun. Selain itu boleh gunakan cuka kayu, ia juga 100% organik dan tidak memudaratkan. Jika masih tidak berkesan boleh gunakan racun kimia namun saya tidak galakan.

ANTARA FAKTOR LAIN MASALAH CILIĀ 

1. Buah Busuk dan Gugur – Kita melihat buah cili kita merimbun. Hati kita turut berbunga ingin menuai cili pada masanya. Apabila tiba harinya untuk kita mengutip hasil, kita terkejut. Banyak buah gugur dan busuk. Oh kecewanya dalam hati!

Mengapa ia terjadi?

Cuba perhatikan pada buah cili. Perhatikan ada lubang seperti dijarum. Adakah terdapat ulat di dalamnya? Jika betul, itu tandanya pokok cili kita telah diserang lalat buah.

Lalat buah atau Batrocera latifrons menyerang mana-mana pokok berbuah yang ada. Ia akan menyuntik telurnya pada buah. Menariknya, telur lalat buah ini akan menetas tepat pada masa buah mula meranum masak.

Solusinya

-Gunakan pelekat kuning. Pelekat kuning ini akan menarik dan memerangkap lalat buah.
-Sembur racun organik pada awal pagi sepanjang pokok cili berbuah.
-Balut buah cili sebaik sahaja putik buah kelihatan
-Buang dan bakar buah cili yang telah busuk itu.
-Pastikan keadaan sekeliling kebun atau rumah kita bersih dan bebas daripada buah busuk. Ini tidak kiralah pokok buah-buahan yang lain.

Jika ada sebarang tambahan atau PERTANYAAN, sila tulis di ruangan komen, saya akan cuba jawab sebaik mungkin.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di wall facebook anda. Terima kasih – Sifudurian via Kebunbandar

Leave a Comment