Batang Wali adalah sejenis tumbuhan menjalar dan mempunyai batang yang berkerutu dan hidup di kawasan hutan tebal yang terbiar.
1. Nama lain pokok ini juga dikenali sebagai patawali, putawali dan brotowali yang sering di kaitkan sebagai herba penyembuh kencing manis yang mujarab jika diamalkan dgn cara yang betul dan berterusan.
2. Pokok ini mempunyai rasa yang amat pahit dan boleh meneutralkan darah dalam badan sekaligus mampu merawat pelbagai penyakit bukan sahaja kencing manis malahan darah tinggi, gout dan demam kuning bayi.
3. Untuk memudahkan orang ramai mendapatkan khasiatnya tanpa menahan rasa pahit, kini batang wali telah dikomersialkan dalam bentuk kapsul. Ia boleh di dapati di pharmasi atau secara online.
4. Berdasarkan kajian saintifik, pokok ini mengandungi sejenis bahan yang di panggil jattrorrhizine yang dipercayai mengubati demam malaria.
5. Antara khasiat lain batang wali adalah merawat sakit pinggang dan sengal-sengal badan, boleh dicampur dalam minyak urut.
6. Air rebusan batang wali boleh digunakan untuk membasuh kudis-kudis setelah dicampur dengan sedikit belerang.
7. Selain itu, air rebusan patawali mujarab untuk membunuh kuman dan menyembuhkan luka serta mencuci darah.
8. Air rebusan yang sangat pahit boleh membunuh cacing dalam badan manusia.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di facebook anda terima kasih – Sifudurian