Elakkan KERUGIAN Sebelum Tanam Pisang! Penyakit MOKO Pada Pokok Pisang Dan SOLUSI

Perasan tak, kebun pisang yg ditanam mula2 nampak sihat dan subur, tiba2 daun berubah menjadi warna kuning dan batang mereput.

Kebanyakan tokey2 pisang mengalami masalah yang sama di seluruh dunia, banyak kerugian terpaksa ditanggung disebabkan penyakit MOKO pisang ni.

PUNCA MOKO – DAUN MENJADI KUNING/BATANG REPUT

Ia adalah sejenis penyakit LAYU BAKTERIA pada tanaman pisang yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Ralstonia solanacearum.  

Tanda2 serangan – daun menjadi kuning dan batang mereput, ia mudah berjangkit ke kebun2 lain yang berdekatan.

Kebiasaannya umbut atau ‘ring’ pada batang pisang berwarna merah disebabkan virus moko.

CARA MENGATASI

1. BUANG semua daunnya, kalau masih ada jangkitan, pokok tu mesti ditebang paras perdu dan buang jauh dari kawasan kebun pisang. Sembur dengan racun kulat dan tabur garam kasar, yang tumbuh baru akan sihat.

2. Untuk pengetahuan, virus moko ni macam covid19, setakat ini belum ada rawatan KHAS untuk penyakit ini. jadi cara paling selamat adalah TEBANG dan bakar sahaja pokok yang dijangkiti.

3. ada jg yang cakap kena tabur dengan garam kasar, sembur clorox atau sembur racun anti kulat, namun setakat ini belum ada cara berkesan hapuskan virus ini.

4. Sebaiknya kena ada sistem perparitan yang baik, elakkan air bertakung di kawasan penanaman pisang kerana kulat suka bersarang di tempat yang lembap.

5. Menurut kajian di Filipina, pH tanah perlu di naikkan ke 7, sebab kalau tanah berasid, pokok pisang mudah diserang penyakit. Cuba korang google. saya tak pasti cuma ada terbaca.

6. Elakkan mengambil anak benih pisang dari pokok induk yang diserang MOKO. Pokok yang disemai berpotensi akan di jangkiti kerana virus ini boleh bertahan lama pada tanah dan akar.

Jika anda ada cadangan atau cara rawatan lain, boleh kongsi di ruangan komen.

Semoga bermanfaat, jangan lupa share di fb anda terima kasih – Sifudurian

 

 

 

Leave a Comment