Kalau tinggal di kampung ni macam2 aktiviti boleh buat spt berkebun sayur, buah-buahan, pisang, menternak haiwan, ikan dll.
Walaupun gaji tidak seberapa tapi hidup tetap gembira dan tenang tanpa stress dan jauh dari kesibukan hidup di bandar besar.
Salah satu tanaman yang cepat berbuah adalah pisang, contohnya pisang berangan, pisang nipah atau saba, pisang keling dan sebagainya.
Biasanya pisang mula mengeluarkan hasil atau berbuah sekitar 8-10 bulan tengok jenis. Kalau pisang emas lebih cepat berbuah.
Artikel petang selasa saya ingin kongsikan manfaat memakan pisang, terutama pisang yang direbus. Bukan sahaja sedap dimakan begitu saja tapi mempunyai beberapa khasiat.
MANFAAT PISANG REBUS
1. Tinggi kandungan karbohidrat yang memberi TENAGA pada badan
2. Tidak mengandungi kolestrol, yang amat baik untuk turunkan BERAT BADAN
3. Mengawal kadar gula dalam darah atau diabetis dan darah tinggi
4. Tinggi serat yang baik untuk melancarkan pencernaan
5. Amat baik untuk kesihatan jantung, anti kanser dan anti oksida
6. Sangat baik untuk kesihatan kulit. Boleh melicinkan dan menghaluskan kulit muka dan badan.
7. Rebusan kulit pisang juga amat baik untuk mengatasi INSOMNIA
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di fb anda terima kasih – Sifudurian