Gout adalah penyakit arthritis yang berpunca daripada Hyperurucemia iaitu aras asid urik melebihi bacaan 420 μmol/L (7.0 mg/dL).
Gout terjadi apabila kaki menjadi bengkak dan terasa sakit sehingga menyebabkan pesakit tidak mampu untuk bergerak.
Rawatan sakit gout
Selain ubat tahan sakit yang diberi oleh doktor, cuba amalkan jus lemon yang berupaya meneutralkan semual asid urik yang tidak diperlukan dalam badan.
Ambil jus lemon segar bersama serbuk penaik sebagai minuman. Selain daripada lemon, anda juga boleh menggantikan dengan buah-buahan lain yang diperkaya dengan vitamin C yang bertujuan menguatkan tisu badan.
Cara penyediaan jus lemon adalah campurkan 1 biji lemon yang diperah jusnya bersama satu setengah sudu teh serbuk penaik.
Biarkan selama beberapa saat sehingga bunyi berdesis hilang dan masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam segelas air. Siap.
Amalkan meminum jus lemon setiap hari sehingga gout beransur sembuh sepenuhnya.
Selain itu, rawatan boleh dilakukan dengan cara menambahkan separuh jus lemon ke dalam segelas air dan amalkan minuman ini setiap tiga kali sehari.
Antara makanan lain yang mampu mencegah gout adalah Nenas (tinggi kandungan vitamin C), Halia, Kunyit, Pegaga, Ceri, Lemon dan Cili.
Jika sakit gout berlarutan segeralah berjumpa dengan dotor untuk rawatan lanjut.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa share di wall fb anda terima kasih – sifudurian