Tujuan SIP adalah untuk menyediakan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI). Teruskan membaca bagi mengenalpasti perkhidmatan dan servis yang anda perlukan.
Sekiranya anda pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan, anda mungkin layak untuk menerima faedah. Sila tekan pautan Faedah SIP untuk mengenali faedah kami dan menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk menerima faedah, sila kunjungi Portal Faedah SIP untuk membuat permohonan secara atas talian.
Liputan dan Kelayakan Permohonan Faedah
Akta Sistem Insurans Pekerjaan meliputi semua pekerja yang:
- Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap
- Berumur 18-60*
- Bekerja dalam sektor swasta**
- Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
- Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum
- Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP
Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:
- Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
- Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di sini.
- Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.
Situasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:
- Pembuangan akibat salah laku pekerja
- Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
- Persaraan
- Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)
CARA PERMOHONAN
Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:
- Pembuangan kerja dan pertindihan
- VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
- Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
- Bankrap atau penutupan tempat kerja
- Pembuangan kerja konstruktif
- Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
- Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan
Untuk permohonan klik pautan berwarna biru