Nak Badan Jadi KURUS Dan LANGSING Amalkan Memakan Sup Bayam Setiap Hari

Bayam merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat senang tumbuh dan boleh dituai seawal 3 minggu berbanding sayuran lain seperti petola dan sebagainya.

Biasanya sayur bayam dimasak tumis air sahaja. Namun, sebenarnya banyak lagi MENU sedap yang kita boleh hasilkan menggunakan sayur berkhasiat ini.

Contohnya, dijadikan inti untuk pastri, pesto untuk hidangan pasta dan piza, ditambah ke dalam proses penghasilan mi sayur dan banyak lagi. Yummy!

Khas buat anda ingin KURUS cepat, kulit cantik, mata terang dan lambat nyanyuk, amalkanlah makan sayur bayam setiap hari.

Kandungan ZAT BESI pada sayur bayam berfungsi membawa OKSIGEN ke seluruh tubuh, mencegah anemia, meningkatkan metabolisma, membantu fungsi otak agar berjalan secara normal.

Selain itu sayur ini juga mengandung pelbagai KHASIAT lain seperti vitamin A dan K, magnesium, asid folik, serat, protein, kalsium dan sebagainya.

Antara MANFAAT lain bayam yang menakjubkan bagi kesihatan tubuh ialah:

1. Menjaga kesihatan otak dan meningkatkan memori, memberikan zat pada tulang dan sendi serta menjaga kesihatan organ pencernaan.

2. Selain itu bayam dapat membantu mengurangi risiko terserang kardiovaskular, mencegah anemia serta menyihatkan kulit.

3. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh melawan penyakit, membantu melawan sel kanser, penglihatan yang lebih baik

4. Sumber anti-inflamasi, jantung lebih sihat, menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah diabetes.

5. Nak tanam pun tak susah, guna baldi dan raga je isikan air, lapik dengan span dan tutup dengan kain/tisu, lepas 3 minggu dah boleh tuai.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di fb anda terima kasih – Sifudurian

 

Leave a Comment