Jika anda ada tanah kosong yang terbiar, tapi tidak tahu apa jenis POKOK yang mahu di tanam, anda boleh cuba 5 jenis tanaman ini.
1. PISANG TANDUK – menghasilkan buah seawal 8 bulan, berat sekitar 8kg dengan harga 1 kilo sekitar rm3-5 bergantung cara marketing anda. Sebulan boleh menjana pendapatan kasar sekitar rm42,000 (1,400 pokok/ekar – jarak 5×5 kaki) tidak termasuk kos menanam.
2. NENAS MD2 – tanaman kontan yang tidak cerewet. senang tumbuh. 1 ekar boleh tanam 15k sulur, dengan berat purata sekitar 2kg. Harga borong sekilo sekitar rm3. boleh menjana pendapatan sekitar rm45k semusim selepas ditolak kos-kos menanam. Berbuah sekitar 10 -12bulan
3. UBI MANIS UNGU – perlu buat batas untuk dapatkan ubi yang banyak, boleh dituai sekitar 3 bulan atau 4 kali setahun. Harga ubi manis ungu sekitar 5-8 sekilo. Banyak manfaat dan amat baik untuk kesihatan. 1 ekar boleh jana 10k sebulan x 4 kali tuai setahun = rm40,000 setahun (anggaran)
4. LABU MANIS – boleh dituai seawal 2 bulan 10 hari (75 hari) setiap musim. 1.6 ekar boleh menghasilkan anggaran 20 tan semusim. jarak tanam 2 meter, 1 pokok labu menghasilkan 6-7 biji labu semusim. Harga sekitar 2-3 sekilo. Berat sebiji sekitar 6-7 kilo tengok jenis. 1 musim boleh dapat pulangan sekitar rm30,000 (1.6 ekar)
5. KUNDUR – serupa dengan labu manis, ia cepat dituai dan berat sekitar 3-4 kg sebiji, ia tanaman yang disukai ramai dan banyak khasiat. Pulangan agak lumayan semusim iaitu sekitar rm20,000. Tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
Apapun jenis tanaman yang kita usahakan, pastikan anda mahir dalam MARKETING. Jika dijual sendiri anda mampu menjana lebih income sampingan dengan 5 jenis tanaman diatas.
Selamat berkebun.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook anda terima kasih – Sifudurian