1. Sebelum berjinak-jinak dalam ternakan ini, anda perlu mendapatkan bimbingan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
2. Ayam akan matang dalam tempoh 50 hari dengan berat antara 1.25 hingga 1.35 kilogram (kg) yang dijual segar atau diproses.
3. Permintaan ayam ini sangat memberangsangkan hingga tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan. Hampir setiap hari pelanggan datang ke ladang untuk membeli ayam sama ada dalam kuantiti yang banyak atau sedikit.
4. Salah satu cabaran menternak ayam ialah mencari lokasi yang sesuai kerana kedudukan ladang ini mesti jauh dari kawasan kediaman iaitu radius satu kilometer untuk sistem terbuka sementara 250 meter bagi sistem tertutup.
5. Syarat yang diperlukan dipatuhi dan ditetapkan JPV bagi menjalankan aktiviti ternakan ayam ialah mesti bebas daripada pencemaran sungai, bau, pembiakan lalat, makhluk perosak dan pencemaran sisa.
6. Anak ayam yang mengalami penyakit atau simptom akan diasingkan apabila melihat fizikalnya lemah, tengkuk berpusing-pusing dan terdapat bintik-bintik merah.
7. Penghasilan produk sejuk beku berasaskan ayam kampung membolehkan penternak mengawal kos pemakanan di reban kerana semakin lambat disembelih, keperluan makanan semakin meningkat.
8. Bagi membuatkan ayam cepat kenyang dan meningkatkan daya tahan terhadap penyakit serta mengurangkan penggunaan bahan kimia., ayam perlu diberi makanan berasaskan Mikroorganisme Berkesan (EM) iaitu bokashi.
9. Ayam akan dijual secara hidup dan diproses mengikut permintaan pelanggan sementara setiap. Daging ayam mempunyai gred selepas disembelih dan diproses iaitu bagi saiz S (600 hingga 700 gram) dijual pada harga RM9.50 seekor, saiz M (800 hingga 900 gram) berharga RM11.50 sementara saiz L (900 gram hingga 1.15 kg) pula berharga RM13.
10. Bayangkan anda menternak 1,000 ekor ayam dan dijual rm13 sekilo selepas 50 hari, 1000 x 3 = rm13,000 dalam tempoh 1 bulan 2 minggu tidak termasuk kos-kos lain. Lumayan kan? tepuk dada tanya selera.
Semuanya boleh dilakukan asalkan anda ada minat dan tindakan untuk memulakan bidang ini.
Semoga bermanfaat. Jangan lupa share di fb anda terima kasih – Sifudurian
Kredit pic harian metro