1. Bagi anda yang baru berjinak-jinak berkebun, anda pastinya tertanya-tanya jenis BAJA yang sesuai untuk tanaman seperti durian, mangga dan sebagainya.
2. Ada 2 jenis baja yang sering digunakan iaitu baja jenis BUTIR atau biji sama ada kimia atau organik dan baja FOLIAR iaitu berbentuk CECAIR.
3. Baja jenis butir atau biji terbahagi kepada dua jenis iaitu baja SUBUR dan baja BUAH. Anda boleh memilih baja jenis KIMIA atau ORGANIK.
4. Baja subur untuk PERTUMBUHAN pokok selalunya ada tertulis kod baja seperti NPK 15:15:15 manakala kod baja untuk penghasilan buah adalah NPK 12:12:17
5. Untuk baja subur dan baja buah jenis FOLIAR pula adalah seperti baja jenama Ezygrow, Fastgrow, D.I Grow, Chitosan, Baja AB dan ada banyak lagi jenama yang dijual di pasaran.
6. Tips untuk pokok tumbuh subur dan berbuah lebat, pastikan anda melakukan pembajaan dengan TERATUR dan tidak mengamalkan kaedah 3T (Tanam, tinggal, Tuai)
Semoga artikel pendek ini bermanfaat buat anda yang baru memulakan aktiviti bercucuk tanam – Sifudurian