Khasiat Bunga Telang – Mengatasi Masalah Intim Wanita, Melancarkan Haid, Hitamkan Rambut…

Bunga Telang atau Clitoria Ternatea, nama saintifik bagi pokok ini, sangat popular di kawasan pantai timur. Kebiasaanya, bunga telang digunakan untuk membuat kuih muih dan dalam masakan. Antara juadah yang terkenal dengan penggunaan bunga telang sebagai pewarna semulajadi adalah Nasi Kerabu.

Tahukah anda? Selain bunga telang, DAUN bunga telang juga mempunyai banyak khasiat dan digunakan untuk perubatan traditional.

1. Bertindak sebagai Prebiotik untuk usus dan meningkatkan sistem penghadaman.

Daun bunga telang boleh bertindak sebagai Prebiotik untuk usus yang lebih sihat. Hal ini kerana di dalam ekstrak daun bunga telang didapati satu unit karbohidrat iaitu Oligosaccharide. Karbohidrat ini mempunyai keupayaan untuk membunuh bakteria jahat dalam usus dan mengalakkan pertumbuhan bakteria baik bagi meningkatkan sistem penghadaman tubuh badan.

2. Merawat Sendi yang bengkak

Kebiasaanya pada zaman dahulu, mereka menggunakan daun bunga telang untuk merawat sendi yang bengkak. Daun bunga telang yang telah ditumbuk akan dilumurkan di bahagian sendi yang bengkak bagi mengurangkan bengkak tersebut.

3. Mengubati Sakit Telinga (Otalgia)

Otalgia merupakan sakit telinga yang boleh berlaku tak kira kepada orang dewasa atau kanak-kanak. Punca penyakit Otalgia ini masih lagi dikaji. Namun, orang dahulu kala mengubati sakit ini dengan menggunakan daun bunga telang. Caranya adalah dengan meramas daun tersebut dalam air yg dicampur garam, lalu sapukan pada telinga yang
sakit.

4. Merawati Bisul

Daun bunga telang juga boleh digunakan untuk mengubati bisul. Daun tersebut ditumbuk lumat sehingga hancur lalu ditampal pada bisul semalaman. Hal ini kerana, daun telang mengandungi fungsi anti-keradangan.

5.Dapat merendahkan tahap Kolestrol

Selain itu, Daun Bunga Telang ini mengandungi kandungan mucilage (Serat jenis larut air). Serat ini dikatakan dapat membantu dalam proses pencairan kolestrol dan akan dikeluarkan melalui sistem pencernaan badan manusia.

MANFAAT BUNGA TELANG UNTUK KESIHATAN

Secara ringkas, ini antara manfaat BUNGA TELANG iaitu meningkatkan kekebalan tubuh, mengatasi Bronkitis, detoksifikasi tubuh dan mengatasi gangguan seksu4l wanita,

Selain itu, ia boleh menyembuhkan batuk dan asma, melancarkan haid, mengatasi darah kotor, menghitamkan rambut, melancarkan kencing, menyembuhkan luka dan meningkatkan daya ingatan.

Jika anda rasa artikel ini memberi manfaat kepada anda, jangan lupa untuk share ya! Terima kasih.

Artikel ini ditulis oleh Nadia Syazwani Khair

Kredit pic: Google

Leave a Comment