1. Hari ini saya belajar tentang baja KOMPOS. Sudah lama berkebun baru tahu apa itu kompos, bagaimana ia terhasil dan cara penggunaanya dengan betul.
2. KOMPOS ialah bahan buangan dari dapur seperti sisa ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Bila dilonggokkan disatu bekas dan dan ditutup agar ‘decomposition’ terjadi.
3. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain.
4. Daripada kita buang / LONGGOKKAN sisa-sisa makanan ini di tempat pembuangan sampah yang mengundang lalat dan penyakit, ada FAEDAHNYA jika ia dijadikan sebagai BAJA KOMPOS untuk tanaman kita!
5. Biasanya kompos akan terurai dari enam minggu atau lebih. Jika kompos menjadi, cuba cucuk kayu ke dalam longgokan, kesan basah dan agak panas.
6. Proses pengkomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan memastikan pengudaraan yang sempurna dengan menggembur campuran secara berjadual.
7. Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan terurai kepada bahan yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah seperti cacing, semut, bakteria dan kulat.
8. Kompos kaya dengan NUTRIEN yg sangat penting untuk tumbuhan. Ia digunakan di kebun, taman, hortikultur, dan pertanian.
9. Kelebihan kaedah ini adalah kurang masa atau tiada masa atau usaha diperlukan bagi proses pengkomposan. Ia sesuai dengan amalan pertanian di kawasan iklim sederhana seperti Malaysia.
10. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah pencemaran alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu.
11. SEBULAN sebelum menanam bibit DURIAN contohnya, letak 2-3kg anggaran baja kompos dalam lubang bersama hormon akar (cirp), kapur pertanian, baja subur NPK 15:15:15. Timbus dengan tanah selama sebulan.
12. Anda pasti TERKEJUT pertumbuhan pokok menggunakan baja KOMPOS dan tanpa sebarang baja. tolong jangan amalkan 3T iaitu iaitu korek lubang, tanam, tinggal dan tuai.
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca dan followers page Pertanian Satu Perniagaan. Jangan lupa share di facebook anda – Sifudurian