Tanda-Tanda Rumah Anda Dihuni Anai-Anai – 5 Tips HAPUSKAN Anai-Anai Dan KELKATU

Malam tadi saya terjaga jam 4 pagi. Terasa seperti ada binatang yang bertebangan diruangan bilik walaupun saya tidak memasang lampu.

Alangkah terkejutnya saya apabila membuka pintu bilik. Ruang tamu dan dapur saya sudah penuh dengan Kelkatu!

1. Kelkatu merupakan satu peringkat kitaran hidup bagi serangga Anai-anai. Sebenarnya Kelkatu adalah satu proses kehidupan anai-anaik yang bertujuan untuk pembiakan dan mencari kawasan baharu untuk membina koloni.

2. Anai-anai umumnya dikategorikan sebagai haiwan perosak kerana haiwan ini gemar memakan perabot yang berasaskan kayu, kertas, buku, rumput, daun kering, humus dan tumbuhan rendah yang sudah mati.

3. Kebiasaanya kita takkan sedar kewujudan anai-anai melainkan setelah melihat kelkatu terbang berkeliaran dirumah kita.

4. Tanda-tanda lain bahawa rumah kita telah “dihuni” oleh koloni anai-anai adalah warna perabot atau kayu berubah. Warna coklat gelap pada tempat-tempat berkayu akan berubah menjadi coklat cair.

5. Selain itu, anda boleh mengesan anai-anai dengan mencari laluan anai-anai. Biasanya laluan ini dapat dilihat bersaiz panjang seperti pensil pada barangan perabot kayu, pintu dan tingkap.

6. Kelkatu bertebangan. Bila adanya kelkatu maknanya adalah anai-anai. Perhatikan kawasan mana kelkatu keluar dan anda akan menjumpai koloni anai-anai dan kawasannya.

7. Tips menghapuskan anai-anai terdapat pelbagai cara. Antara yang paling mudah adalah membeli racun anai-anai dan semburkan sahaja. Namun, anda haruslah meracun kawasan rumah anda secara berterusan sehingga tiada lagi kesan ditinggalkan.

8. Selain itu, sekiranya anda tiada racun anai-anai- atau tidak berkesempatan untuk mencari. Anda boleh cuba 5 CARA mudah yang hanya menggunakan barang yang terdapat di rumah sahaja.

– Air Cucian Beras – ambil air cucian pertama beras dan kemudian siram ke sarang anai-anai

– Menggunakan Garam Dapur – Campurkan garam dengan air dan biarkan semalaman, kemudian sembur ke kawasan anai-anai setiap hari.

– Cili kering – ikatkan 1 plastik (ditebuk sedikit) cili kering di lampu kalimantan anda. Anai-anai BENCIkan bau cili!

– Air kapur Sireh – Bancuh kapur sireh lalu semburkan atau siramkan ke kawasan anai-anai.

– Gantung plastik berminyak – Gantung plastik yang disapukan minyak pada lampu kalimantan, biasanya kelkatu akan hinggap dan terlekat pada plastik tersebut.

Kalau anda sudah cuba cara ini jangan lupa komen mana satu cara yang paling berkesan anda buat ya! selamat mencuba.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di facebook – Sifudurian

Sumber: Google

Leave a Comment