1. Pucuk ubi kayu merupakan salah satu ulam-ulaman yang popular di Malaysia. Sejak zaman sebelum merdeka lagi, penduduk lampung dan luar bandar di Malaysia menjadikan pucuk ubi kayu sebahagian dari juadah makanan mereka.
2. Tahukah anda? Pucuk ubi kayu sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Pucuk ubi kayu mudah ditanam di sekeliling kawasan rumah sama ada di dalam pasu besar atau pun di atas tanah.
3. Kandungan zat pemakanan daun ubi kayu cukup baik dan sama seperti jenis sayuran yang lain. Ianya mengandungi kandungan serat yang tinggi. Antaranya adalah SERAT, VITAMIN A, VITAMIN B1, KARBOHIDRAT, ASID AMINO ESSENTIAL dan PROTEIN.
4. Kebiasaannya, pucuk ubi kayu ini dimakan kerana khasiat pada kandungan zat makanannya. Namun kini, pucuk ubi kayu juga dapat membantu menyembuhkan beberapa jenis penyakit.
5. VItamin B1, Vitamin A, Asid Amino Essential dan Karbohidrat dapat membantu MENINGKATKAN kesihatan pengguna.
6. Ianya juga dikatakan dapat membantu menaikkan kadar METABOLISME TUBUH BADAN. Hal ini kerana pucuk ubi kayu mengandungi Vitamin B yang sangat diperlukan bagi meningkatkan metabolisme badan kita.
7. Pucuk Ubi kayu juga dikatakan dapat menjadi SUMBER TENAGA. Asid Amino yang terdapat didalam pucuk ubi kayu dapat membantu memberikan tenaga kepada manusia.
8. Selain itu, pucuk ubi kayu sangat kaya dengan Antioksidan. Apabila kita mengamalkan pemakanan pucuk ubi kayu dalam menu harian kita, Antioksidan membantu mencegah dan membuang radikal bebas yang tidak diperlukan dalam tubuh badan kita.
9. Sekiranya anda ingin menjaga makan dan mengamalkan diet, anda harus masukkan pucuk ubi kayu dalam menu anda! Hal ini kerana, pucuk ubi kayu mempunyai serat yang tinggi dan mampu membantu kita untuk kenyang dalam tempoh masa yang lama.
10. Ianya juga membantu dalam PROSES PENCERNAAN. Boleh dikatakan hampir semua jenis sayuran membantu dalam proses pencernaan.
11. Bagi mereka yang menghidapi sakit ANAEMIA, anda digalakkan untuk makan daun pucuk ubi kayu ini kerana ianya dapat membantu MENAMBAH DARAH.
12. Selain itu, bagi sesiapa yang kerap mengalami masalah CIRIT BIRIT, digalakkan untuk meminum air rebusan pucuk ini. Caranya adalah dengan mengambil 7 helai daun, dibasuh lalu direbuskan dengan air 800ml lalu meminumnya dua kali sehari.
13. Bagi yang sering mengalami sakit sendi (Reumatik), ambil 5 helai daun pucuk ubi kayu, ramas atau tumbuk sehingga hancur lalu tempelkan dikawasan yang sakit. Lakukan sebanyak 3 kali sehari.
Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share di FACEBOOK ya! – Sifudurian