Rm120 Sekilogram, Tips Dan Potensi Ternakan Lobster Air Tawar (Udang Kara)

1. Lobster Air Tawar atau Udang Kara ini adalah sejenis haiwan Omnivor yang berasal dari Australia dan Papua New Guinea. Ianya dikenal sebagai Redclaw atau Crayfish. Di Malaysia, pada awalnya haiwan ini dibawa masuk untuk dijadikan sebagai ternakan hiasan.

2. Namun, pada 2013, ianya telah dikomersialkan sebagai ternakan bagi tujuan makanan. Tahukah anda? bahawa rasa Udang Kara ini seakan sama dengan Lobster Laut dan dikatakan lebih rendah kolestrol.

3. Terdapat dua jenis Udang Kara yang popular di Malaysia. Antaranya adalah Redclaw dan Redclaw Blue. Kebiasaannya Udang Kara diternak secara kecil-kecilan untuk dijadikan makanan, jualan benih dan juga sebagai ternakan perhiasan kerana warnanya yang menarik.

4. Udang kara akan mula bertelur apabila ia telah mencapai saiz 4″ keatas. Udang kara bersaiz 4″ dapat menghasilkan telur antara 80-300 biji telur. Namun ianya bergantung kepada saiz udang kara tersebut.

5. Masa yang diperlukan untuk pengeraman telur adalah 40-45 hari.

6. Makanan yang sesuai untuk ternakan Udang Kara adalah Pellet, Kacang Hijau dan Ubi Kentang. Makanan daripada tumbuhan akuatik pula adalah Hydrilla, Azola, Keladi Bunting, dan Kiambang.

7. Tempoh pernternakan biasanya mengambil masa sehingga 3-4 bulan sahaja. Udang Kara sangat sesuai untuk diternak dirumah kerana ianya terhindar dari penyakit berjangkit dan berbahaya. Namun, sekiranya ada yang terkena penyakit kulit melepuh, anda hanya perlu mengasingkannya sahaja.

8. Penjagaan air juga senang untuk dilakukan. Penggunaan tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti daun ketapang berupaya mengawal pH air dari naik lebih dari pH8 dan ianya juga boleh dijadikan makanan sampingan haiwan ternakan.

9. Permintaan Udang Kara sangat tinggi dalam industri permakanan kerana rasanya seakan Lobster laut dan harganya jauh lebih murah. Harga pasaran sekarang adalah, 4”-5” = RM75 (1kg), 5″-6″ = RM90 (1kg),  6″-7″ = RM120 (1kg)

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di facebook – Sifudurian

4 thoughts on “Rm120 Sekilogram, Tips Dan Potensi Ternakan Lobster Air Tawar (Udang Kara)”

  1. Berminat utk mencuba ternakan Udang Kara. Tlg bagi pencerahan cara2 ternakan dan kos minima permulaan. Terima kasih

    Reply

Leave a Comment