Kisahnya bermula di dataran Batu Pahat sebelah malam. Saya disapa seorang budak penjual kacang bungkus.
“Bang beli kacang bang. Satu bungkus RM3”. “Saya beli 5 bungkus tapi abang nak tanya dulu. kacang ni siapa punya”? “Kami punya, saya jual kat sini, mak dan adik jual kat sana tu” ujar adik tu…
“Berapa bungkus sehari awak jual”? “Satu malam dapat 200 bungkus kalau tak hujan” “Tiap-tiap hari menjual?
Dia angguk-angguk. “Mak beri berapa upah?” “Seminggu dapat seratus mak beri upah”…
Cuba anda bayangkan sejenak…
1. Kacang bungkus modalnya dalam RM0.50. Tak apa, kasilah RM1.00. Kalau satu malam menjual dapat 200 bungkus, maksudnya dapat RM300 untung bersih.
2. Sebulan katakan menjual 20 hari sahaja. Dah dapat RM6,000 sebulan. Kalau pasang 3 orang sekali jalan, RM6,000 X 3 = RM18,000 sebulan.
Tips Berniaga / Menjaja Kacang Bungkus Tepi Jalan:
1. Buat logo cantik sikit pakejing dan ada logo
2. Buatlah ada beberapa perisa
3. Carilah box cantik sikit dengan baju seragam untuk pekerja part time jual kacang goreng, nampak professional sikit.
4. Target jualan tempat yang sama iaitu ramai orang berkumpul-kumpul.
5. Saya faham bukan mudah. Tapi asas berniaga adalah menjual. Asas pandai menjual adalah menjaja. Kalau kacang awak boleh jual, tak mustahil anda boleh menjual barangan yang lebih mahal dan besar untungnya!
6. Jika anda seorang yang kehilangan kerja akibat Covid19, bangkit dan buat produk anda sendiri. Jual barang yang orang tengah cari. Selesaikan masalah orang lain dahulu. Baru fikir keuntungan.
7. Buat produk yang orang beli berkali-kali, jual ditempat orang selalu berkumpul dengan harga mampu milik. Saya pernah jumpa seorang penjual pen dan stokin memperolehi pendapatan RM10 ribu sebulan. Mereka fokus menjual.
8. Rezeki milik Allah. Jangan dipandang bisnes yang besar-besar ratus ribu sebulan. Mulakan bisnes dari kecil dahulu, bermula dari rumah sehinggalah kampeni besar.
Sekadar perkongsian idea bisnes dari pengalaman sendiri. KONGSIKAN jika artikel ini bermanfaat terima kasih – Sifudurian