Matang Seawal 35 Hari Sahaja, Tips Dan Potensi Ternakan BURUNG PUYUH Dalam Bangsal

Burung Puyuh adalah sejenis burung yang bertubuh kecil tanpa ekor. Burung ini mempunyai sayap namun ia tidak terbang seperti burung yang lain. Terdapat beberapa jenis bururung puyuh, antaranya adalah Burung Puyuh Batu, Burung Puyuh Gonggong, Burung Puyuh Jepun dan lain-lain.

1. Penternakan Burung Puyuh masih belum dikomersialkan lagi dan kebanyakkan penternak burung puyuh menternak secara tradisional. Kebiasaannya, satu jenis puyuh digunakan untuk pengeluaran telur dan daging. Penternak tempatan menggunakan sistem pembiakan kaedah pusingan (anak menjadi ibu).

2. Penternakan burung puyuh akan matang dalam tempoh 35 hari sahaja. Bangsal bagi penternakan burung puyuh hendaklah mempunyai peredaran udara yang sempurna, saiz yang bersesuaian dengan jumlah burung yang diternak.

3. Sebaiknya, kedudukan reban mestilah dikawasan yang sunyi, terlindung dari matahari, cuaca buruk dan musuh. Burung Puyuh diberi makanan dari jenis Quail Starter Mash.

4. Sistem pemeliharaan yang baik dapat mengurangkan risiko jankitan penyakit. Dengan sistem ini, penternak dapat meletakkan satu peringkat umur didalam satu reban. Amalan penternak tempatan, anak puyuh akan diindukkan dalam kotak induk sebelum dipindahkan ke kotak pembesaran yang bertingkat.

5. Lokasi yang bersesuaian untuk memasarkan burung puyuh adalah di pasar besar atau pasar pagi. Produk burung puyuh boleh dijual sama ada hidup atau mati. Telur burung puyuh lebih mendapat permintaan yang tinggi berbanding dagingnya.

6. Harga bagi telur burung puyuh adalah 50 biji sekitar rm6.80. Harga bagi daging burung puyuh pula adalah sekitar RM2.40 sehingga RM4.50 seekor. Burung puyuh mendapat permintaan dan harga yang tinggi mengikut permintaan kawasan, restoran dan hotel.

7. Kepada sesiapa yang berminat untuk menternak burung puyuh boleh mendapatkan bantuan anak burung puyuh dari Jabatan Veterinar. Selain itu, FAMA juga membantu memberikan pinjaman penternakan yang bernilai sehingga RM10,000 untuk mengembangkan ternakan burung puyuh ini.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, sila SHARE di Facebook – Sifudurian

Kredit : MStar & Usahawan.com

Leave a Comment