Penyebab DAUN Durian Menjadi KUNING Dan Cara Penyelesaian

1. Tahukah anda salah satu penyebab daun durian menjadi kekuningan ialah terlebih tabur kapur seperti Dolomite.

2. Biasanya kuantiti Dolomite yang perlu ditabur dalam lubang sebelum menanam durian ialah 200-500gram bergantung pada pH tanah, (3×3 saiz lubang tanah). Contoh, jika pH tanah 6-6.5 cukup untuk 200g sebagai sumber Ca dan Mg.

3. Biasanya jika Dolomite ditabur berlebihan pada akar pokok durian, dalam tempoh 1-2 bulan pokok kurang ‘selera’ makan walaupun diberi banyak baja.

4. Ini bermakna, semua baja itu jadi tawar. Daun pokok akan mula menjadi kekuningan sebab tidak cukup makan.

5. Solusinya, memandangkan akar sudah tidak berselera nak mengambil makanan, anda perlu beri zat makanan melalui batang dan daun. 

6. Gunakan apa-apa jenis baja foliar atau cecair yang banyak dijual di kedai pertanian, sembur melalui batang dan daun untuk memulihkan pertumbuhan pokok durian.

7. Untuk pengetahuan, ada 3 bahagian tumbuhan yang digunakan untuk menyerap makanan  iaitu akar, batang dan daun.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa share terima kasih – Sifudurian

Kredit: Welldyak

Leave a Comment