Tingkatkan Kekebalan Tubuh Badan, Bersifat Antioksidan – Kebaikan Dan Khasiat Memakan Buah Manggis

Buah manggis atau nama saintifiknya adalah Garcinia Mangostana. Buah ini digelar ratu segala buah dan ianya merupakan tumbuhan asli yang berasal dari Asia Tenggara. Buah manggis terkenal kerana isinya yang sedap dan enak dimakan begitu sahaja.

Terdapat satu kajian yang dilakukan penyelidik dari Fakulti Sains UKM (diterbitkan di  https://bmcchem.biomedcentral.com/articles/10.1186/1752-153X-7-85) , menyatakan bahawa kulit manggis didapati bersifat antioksidan, anti bakteria, anti kulat, anti radang, dan anti tuberkulosis.

Selain menjadi bahan utaman dalam penghasilan ubat terapeutik, ia digunakan sebagai ubat anti kerengsaan gigitan nyamuk.

Terdapat kajian yang telah dilakukan, manggis memiliki sifat antiinflamasi yang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme. Sesiapa yang memakan buah manggis atau meminum jus manggis dua kali sehari selama lapan minggu didapati mempunyai indeks tubuh yang lebih rendah

Manggis juga membantu meningkatkan kekebalan tubuh badan. Jurnal Nutrients menyatakan kandungan serat manggis menghasilkan bakeria baik dalam usus, manakala Vitamin C sangat bagus untuk imunisasi badan.

Anti oksidan berfungsi untuk menentang radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh yang di ketahui menjadi punca pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan k4nser.

Radikal bebas ini dihasilkan di dalam tubuh semasa proses menghadamkan makanan dan disumbangkan oleh persekitaran seperti asap rokok, radiasi dan pencemaran udara.

Berdasarkan Institut K4nser Kebangsaan (US) , kajian mengenai fungsi antioksidan masih di peringkat awal. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan manggis mampu merawat k4nser dan mana mana penyakit khusus.

Sekiranya anda kerap memakan manggis, ianya dapat membuatkan kulit wajah menjadi lebih sihat dan anjal. Ianya dapat mengurangkan risiko pelbagai masalah kulit seperti peradangan, penuaan, ekzima, allergi dan jangkitan bakteria.

Kita sepatutnya berasa bertuah kerana manggis mudah untuk didapati di sekitar Asia Tenggara. Patutlah, wanita-wanita Asia Tenggara mempunyai kulit muka yang cantik, anjal dan sihat.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangn lupa SHARE di facebook ya – Sifudurian

 

 

Leave a Comment