Inovasi penanaman secara vertikal adalah suatu perkara baharu dalam bidang pertanian. Kaedah ini adalah kaedah menanam secara menegak dengan tempat tanaman pokok disokong oleh struktur tertentu seperti tapak.
Antara keperluan bagi penanaman secara vertikal/menegak adalah seperti berikut:
1. Lokasi memainkan peranan yang penting bagi menempatkan struktur penanaman secara menegak. Lokasi yang bagus adalah kawasan yang dekat dengan sumber air, elektrik, dan cahaya matahari.Struktur yang diletakkan di tempat yang terbuka hendaklah diperbuat dari bahan yang tahan cahaya, hujan dan tahan lama.
2. Pemilihan medium tanaman haruslah sesuai dengan keteguhan tapak, reka bentuk bekas makanan dan lokasi. Medium seperti Cocopeat, Peatmoss dan Perlite adalah bersifat mudah peroi. Jadi,medium perlu dibalut supaya tidak mengotori kawasan sekeliling.
3. Bagi pemilihan bekas makanan pula, rangka besi atau struktur asing sangat sesuai untuk penanaman vertikal. Bagi jenis penanaman vertikal secara gantung, bekas makan yang lebih ringan seperti pasu, botol plastik dan kain guni boleh digunakan bagi meringankan beban.
4. Pemilihan jenis tanaman pula bergantung pada lokasi dan bekas makanan yang dipilih. Bagi tanaman sayuran, perlu ditanam di kawasan yang mendapat pencahayaan yang cukup. Namun, bagi tujuan landskap, tanaman boleh diselang-selikan dengan warna, tanaman mudah diselenggara dan cukup hasil tuaian.
5. Penyelenggaraan juga perlu dilakukan untuk penanaman secara vertikal. Antaranya adalah siram tanaman secara menegak ( penyiraman secara semburan, titis, kabus amatlah digalakkan). Pastikan penyiraman diberikan secukupnya dan tidak boleh bertakung.
6.Baja foliar dalam bentuk semburan amatlah digalakkan bagi penanaman kaedah ini. Pemangkasan daun dan ranting juga perlu dilakukan secara kerap, ini adalah untuk memastikan saiz tanaman tidak melebihi bekas tanaman.
7. Penyakit dan serangan dari perosak perlu lah dikawal dengan cara membuang bahagian tanaman yang kering,layu dan rosak.
Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa SHARE di Facebook.
Kredit : Berita Harian